Yang cantik dipuji, yang hodoh dikeji, itu semua ragam manusia. Keadaan yang sama terjadi kepada gadis remaja 20 tahun.
Meskipun dibuli dan digelar ‘hantu’ kerana rupa parasnya namun Nontobeko Mbuyazi, 20, yang dilahirkan albino, mampu tersenyum kerana dia telah berjaya menjadi seorang model.
Foto – www.dailymail.co.uk
Mbuyaki yang merupakan penuntut Universiti Nontobeko kini dengan bangga menayangkan gambar-gambarnya sebagai model di media sosial walaupun turut menjadi mangsa buli siber.
“Saya adalah albino dan di sebalik perbezaan itu, saya telah menemui keyakinan dengan memulakan karier sebagai model.
“Orang gelar saya hantu dan tanya kenapa muka saya pucat tetapi saya berani untuk mempertahankan diri dan inilah yang memberikan keyakinan kepada saya,” katanya.
Foto – www.dailymail.co.uk
Menurut Mbuyaki, ramai albino di luar sana yang mengalami tekanan disebabkan diskiriminasi terhadap mereka tetapi gadis yang dilahirkan di Ladysmith di Afrika Selatan ini tidak mahu hidup dalam tekanan.
“Bila saya membesar, saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah bersama kanak-kanak lain disebabkan kulit saya yang begitu pucat dan perlu memakai topi sepanjang masa.
“Tetapi albino tidak boleh melupakan bahawa mereka perlu melindungi diri daripada cahaya matahari kerana ia merbahaya,” katanya.
Foto – www.dailymail.co.uk
Nota – Albino adalah mereka yang tidak mempunyai pigmentasi.
Follow Me baru sahaja memperkenalkan rangkaian antibakteria terbaharu dengan formula antibakteria yang dapat menghapuskan 99.99% bakteria berbahaya. Rangkaian baharu ini menawarkan bukan sahaja pengalaman mandian yang unik, tetapi juga memberi perlindungan tambahan untuk anda dan keluarga.
Rangkaian lengkap yang merangkumi pembersih badan, pembersih tangan dan pensanitasi tangan, Follow Me Antibakteria Pembasuh Badan diperkenalkan dengan 3 varian berbeza – Natural Fresh, Extra Cool dan Family Protection, manakala Follow Me Antibakteria Pembasuh tangan juga diperkenalkan dengan 3 varian iaitu Natural Care, Active Care dan Family Care sementara pensanitasi tangan mempunyai 2 varian antaranya Natural Fresh dan Family Care.
Selain daripada formula anti-bakteria yang berkuasa, ia juga mempunyai aroma yang menyegarkan tubuh dan minda. Setiap varian iaitu Natural Fresh, Extra Cool dan Family Protection mempunyai aroma unik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jadi, dengan adanya Rangkaian Antibakteria Follow Me, ia bukan sahaja memberi pengalaman mandian yang menyeronokkan malah dapat membantu menghapuskan bakteria 99.995 yang berbahaya.
Rangkaian produk ini kini berada di semua pasar raya seluruh negara.
Pasangan kegemaran anda EXO Kai dan f(x) Krystal akhirnya berpisah selepas setahun bercinta. Berita itu disahkan sendiri oleh agensi mereka, SM Entertainment.
Ini kenyataan pendek oleh SM Entertainment;
“Ya, mereka berdua sudah berpisah.”
Laporan awal daripada sumber terdekat menjelaskan kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan kekangan jadual padat yang menyebabkan mereka susah untuk berjumpa. Bahkan mereka memutuskan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu.
Pasangan sama cantik sama padan ini mula bercinta pada tahun lepas sekitar bulan Mac.
Dalam rangka kerjasama antara Guardian dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017.
Tema Hari Alam Sekitar tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar(Connecting People to Nature) dengan tujuan menyeru orang ramai untuk peka dengan kesejahteraan bumi, memelihara sekaligus memulihara kejadian alam agar memberi manfaat kepada generasi akan datang kerana manusia juga adalah sebahagian daripada kejadian alam.
Rangkaian produk penjagaan tubuh organik, Botaneco Garden yang diedarkan Guardian Malaysia turut tampil memberi sokongan kepada Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia menjelang 5 Jun nanti dengan menyalurkan 1 peratus (1%) hasil jualan setiap satu produknya sepanjang bulan ini kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia demi membiayai kos serta usaha menjalankan penghutanan semula paya bakau di Kuala Selangor.
Selari dengan fokus persatuan itu sendiri untuk memulihara habitat di Malaysia di samping melindungi warisan alam semula jadi negara seperti hutan paya bakau yang merupakan salah sebuah lanskap ekologi sensitif.
Untuk pengetahuan umum, hutan paya bakau amat penting kepada ekosistem sungai. Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ bisa memberi mesej berguna kepada masyarakat tentang hubungan manusia dengan alam sekitar yang patut dijalin utuh sampai bila-bila. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh melawat ke kawasan hutan paya bakau di Taman Alam Kuala Selangor bagi mendekatkan diri dengan habitat spesis binatang serta tumbuhan di situ.
Sumber: Discover Selangor
Taman Alam Kuala Selangor adalah kawasan habitat untuk 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia serta reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-Monkey), kera berekor panjang dan banyak lagi, Namun kerakusan manusia sememangnya memberi impak negatif terhadap semua hidupan di sini.
Ayuh sama-sama kita hulurkan bantuan dan tunjukan sokongan menerusi pembelian produk organik Botaneco Garden yang bebas pengawet, pewarna, paraben serta silikon.
Untuk keterangan lanjutberkenaan produk yang berasaskan minyak argan dan minyak zaitun dara asli ini, sila klik [www.botanecogarden.com/en-my].
Jika yang lain sedang berlumba untuk menghasilkan rekaan moden, lain pula dengan pereka fesyen tersohor Malaysia memilih fesyen dari tahun 1950, 1960 dan 1970 dalam koleksi raya terbaharu milik beliau Petang Raya 2017/18.
Koleksi ini diinspirasi dari ikon dan selebriti Melayu seperti Mariam Ismail, Saloma, Saadiah dan Rahimah Alias yang dianggap seperti Faye Dunaways dalam dunia perfileman Melayu.
Melalui tiga era yang beliau pilih, tanpa ragu-ragu beliau menghasilkan baju kurung dengan menambah elemen retro. Menggunakan fabrik bercorak untuk 1970, potongan dan tekstur fabrik tersendiri untuk tahun 1950 dan 1960 memberi nafas baru dalam kebebasan fesyen yang tidak mengatur sempadan.
Bernard juga menghasilkan busana kontemporari yang dimasukkan aura pakaian sukan khas untuk wanita Melayu yang gemar mengembara iaitu Sport Kurung, Sarong Pant dan Baju Kedah berlengan tinggi, gaya baru ‘Fish Tail’ dan aerodinamik Kaftan.
Tidak ketinggalan untuk kaum Adam, Baju Melayu dari Bernard diberi nafas baru dengan menambah elemen pakaian sukan, warna neon dan khas untuk menampilkan kemewahan dalam berfesyen,
Berita yang sedang di hangat di media sosial melibatkan salah seorang ahli kumpulan Bigbang, Top dituduh menghisap ganja.
Menurut Seoul Metropolitan Police Agency, Top menerima keputusan positif dalam ujian trichoscopy, menunjukkan beliau langsung tidak mengambil barang terlarang itu. Bagaimanapun, didedahkan bahawa Top telah mengambil ganja pada bulan Oktober tahun lalu, tetapi perkara tersebut masih belum pasti sama ada Top masih lagi menghisap dadah atau tidak buat masa kini.
Bahka polis telah memanjangkan kes itu ke pejabat pendakwa raya dan menuduh Top melanggar undang-undang mengambil dadah yang terlarang. Untuk pengetahuan anda, pengambilan dadah adalah haram di Korea Selatan.
Sementara itu, kini Bigbang Top sedang menjalani sesi latihan khidmat ketenteraan sebagai anggota polis.
Terkini
Disebabkan kes ini mengejutkan peminat di seluruh dunia, YG Entertainment telahtampil ke hadapan denganpermohonan maaf secara rasmi.
Ini kenyataan YG Entertainment;
“First and foremost, we would like to apologize.
After confirmation, we have learned that Choi Seung Hyun (T.O.P’s real name) did in fact admit to the charge of smoking marijuana before his military enlistment, following through with all investigative measures by attending the police’s investigation in the midst of his public service duties and deeply reflecting on his actions afterward.
Once again, we apologize for worrying so many people.”
Wow memang agak mengejutkan berita ini tetapi mungkin Top ada sebab tersendiri kenapa dia berbuat demikian.
Ramadhan pun tiba, persiapan raya sedikit demi sedikit sedang dilakukan baik buat yang sudah berkeluarga mahupun yang masih bujang agar tidak kelam-kabut di saat-saat akhir.
Jika dahulu, ramai yang perlu berasak sesama sendiri menempuh kebanjiran individu di pusat-pusat membeli-belah serta kawasan-kawasan tumpuan yang menjual keperluan raya lain seperti Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR.
Meskipun begitu, dengan ada banyaknya kemudahan teknologi moden masa kini, pengguna tidak perlu lagi memenatkan diri mengharung kesesakan dalam mendapatkan baju raya idaman.
Fazbulous Kurung Pahang.
Go Shop iaitu sebuah program jualan langsung televisyen yang beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi saluran Astro118 dan 303 bagi membolehkan penonton untuk menempah serta membeli dalam sekelip mata dengan hanya membuat panggilan ke talian bebas tol 1800-82-0088.
A post shared by A M A L I N A BT H I S H A M (@emer_amalina) on
Lebih mengujakan, baru-baru ini Go Shop terus membangkitkan aura Aidilfitri dengan menawarkan seleksi pilihan baju raya menarik untuk lelaki dan wanita termasuklah label fesyen baharu Hawa Adara yang fokus kepada rekaan modes pilihan wanita Muslimah. Bukan sahaja mesra pengguna bahkan ringkas memenuhi ciri-ciri pemakaian seorang wanita Muslim sejati.
Fara Fauzana sebagai duta Hawa Adara.
Ditawarkan dalam pelbagai warna dan saiz, antara koleksi Hawa Adara adalah termasuk Tudung Sofea(RM149), Tudung Baiduri(RM199) dan Jubah Aaira (RM199).
Tudung Sofea diperbuat daripada material selesa dan tidak memeritkan kepala biarpun dipakai sepanjang hari, rekaan bermutunya disediakan dalam rona pilihan lembut seperti merah jambu keunguan, hijau buah zaitun, kelabu, merah belacan, biru gelap dan banyak lagi manakala Tudung Baiduri pula ditawarkan dalam warna yang lebih garang seperti coklat samar, hijau, ungu serta dihiasi perincian manik kristal ala fesyen mewah kegemaran wanita sofistikated. Dalam masa yang sama, anak tudung atau inner akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian tau!
Jubah Aaira dalam rona biru elektrik dan jingga perang.
Jubah Aaira dicipta untuk golongan modes, baik yang bertudung mahupun tidak, wanita yang gemar gaya sopan bisa menggayakannya tanpa jemu kerana potongan rekaan jubah ini adalah berlandaskan potongan longgar jenis “A cut”. Sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan, ia juga adalah mesra pengguna yang memudahkan ibu menyusukan bayi serta para wanita lain setiap kali ingin mengambil wudhu. Harga yang ditawarkan untuk koleksi Jubah Aaira adalah serendah RM199 yang hadir bersama sehelai selendang percuma.
A post shared by Go Shop Malaysia (@shopatgoshop) on
Jenama fesyen lain yang turut serta bersama Hawa Adara dalam menawarkan busana Aidilfitri 2017 adalah seperti Naelofar Hijab, Fazbulous Kurung Pahang rekaan Fazura, Telekung Royale Orchid, Leanen Tudung, Camelia Jubah dan banyak lagi!
Ayuh sertai kemeriahan membeli-belah serta memenuhi keperluan fesyen raya anda dengan mudah hanya di Go Shop!
Bila ke pasar anda pernah tak perasan ada dikalangan makcik-makcik dari kaum Cina kelihatan sedikit berbeza dengan yang lain. Mereka tampak lebih ceria dan bersemangat walaupun umur mereka sudah pun mencecah setengah abad. Itu belum gadis remaja mereka lagi, cukup lincah dengan sentiasa kelihatan seperti forever young! Apakah rutin yang sentiasa mereka terapkan untuk kekal awet muda?
Sudah tidak menjadi alasan lagi untuk wanita yang ingin kelihatan cantik untuk berbelanja lebih pada produk kecantikan. Namun, mereka suka memilih produk dari negara China, Korea, Jepun dan beberapa jenama eksklusif Eropah.
Pilihan pakaian
Foto – Pinterest
Dari warna pastel, corak floral, aksesori binatang comel atau apa sahaja yang kelihatan comel pada mereka itulah yang mereka akan pakai tanpa mengira umur.
Katakan tidak pada panas dan sejuk
Foto – Wikimedia Commons
Mereka mempunyai pantang larang tersendiri dengan dua perkara ini. Untuk mengekalkan kulit yang cerah dan anjal, mereka sanggup buat apa sahaja untuk kekal cerah sehinggakan mengelak dari terkena sinaran matahari. Kerana sinaran matahari mempunyai UV merbahaya penyebab penenuaan kulit dan pigmentasi. Wanita Cina juga tidak mengambil minuman sejuk, malah aiskrim pun mereka berpantang. Ini semua untuk menjaga bentuk tubuh badan kekal langsing terutama dibahagian perut.
Makanan masin dan sayur-sayuran wajib
Foto – Google
Jika wanita lain sibuk ingin menikmati coklat dan pelbagai lagi makanan manis, lain pula dengan wanita Cina yang lebih suka dengan makan pedas atau masin dan mereka mengambil banyak sajian dari sayur-sayuran dan herba. Halia, bijan hitam dan jojoba antara makanan menjadi pilihan mereka untuk kekal cantik dan subur.
Anda rasa teruja dengan berita ini? Menurut laporan penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai, purata kelajuan sambutan Internet Malaysia adalah yang kesepuluh terpantas di Asia Pasifik.
Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Megabit per saat (Mbps), meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016.
“Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun,” menurut Akamai.
Menurutnya, kemajuan terkini sektor telekomunikasi Malaysia, termasuk pengenalan rangkaian 5G dan 4.5G, memberi dorongan kukuh kepada penerimaan digital dalam negara.
“Malaysia mempunyai jumlah penduduk generasi muda yang semakin meningkat, mereka merupakan pengguna cekap teknologi dengan kuasa beli yang besar.
“Sebelum ini, demografik tersebut sentiasa menjadi pengguna awal teknologi baharu, dan faktor seperti pertumbuhan penggunaan telefon pintar dan pelan data mampu milik pula sebagai pemacu Malaysia ke arah mencapai ekonomi Internet,” menurut Akamai lagi.
Menurut laporan itu, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura mempunyai purata kelajuan sambungan terpantas melebihi 100 Mbps, manakala 12 negara Asia Pasifik yang dikaji menunjukkan purata kelajuan di atas 50 Mbps, kecuali China, Filipina dan India.
Singapura sekali lagi mendahului rantau itu dan dunia dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini, menurut laporan berkenaan.
Hasil lelongan di Hong Kong, sebuah beg tangan jenama Hermes terjual pada harga HK$2.94 juta (RM1.62 juta). Ianya memecahlan rekod untuk beg Hermes yang serupa dijual dengan harga HK$2.32 juta (RM1.28 juta) di Hong Kong, tahun lalu.
Foto – Google.
Beg yang diberi nama Himalayan Niloticus Crocodile Diamond Birkin 30 hanya dihasilkan satu atau dua setiap tahun seluruh dunia. Ia diperbuat daripada kulit buaya dengan hiasan emas putih, diselaputi berlian manakala kancing dan mangga kecil jenama Hermes pada beg itu diperbuat daripada emas putih 18 karat.
Foto – Google
Namun terdapat juga laporan yang mengatakan Hermes bakal berhenti menghasilkan beg Himalayan tahun ini.
Aktres jelita yang pernah dinobat sebagai Ratu Dunia suatu ketika dahulu, Priyanka Chopra yang kini ligat membina empayar di Hollywood telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen apabila tampil seksi sewaktu bertemu Perdana Menteri India.
Menerusi satu foto yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya, Priyanka berkata, dia sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan Narendra Modi ketika berada di Berlin.
Biarpun begitu ternyata ramai peminat kecewa dek kerana pakaian yang digayakan Priyanka adalah sedikit keterlaluan lalu dianggap tidak menghormati pemimpin India tersebut.
“Tidak dinafikan kamu merupakan seorang selebriti yang terkenal namun cuba belajar untuk menghormati orang di depan. Lihat bagaimana cara kamu duduk di hadapan Perdana Menteri Modi.
“Kamu sedang duduk dengan Perdana Menteri negara kami jadi kamu seharusnya menutup kaki dan memakai pakaian yang lebih sopan.
A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
“Kamu merupakan inspirasi kepada anak muda di India kerana pencapaian kerjaya di luar negara dan kamu sepatutnya lebih tahu bagaimana ektika berpakaian ketika bertemu pemimpin,” kata peminatnya menerusi ruangan komen.
Kebanyakan mereka yang mengecam Priyanka mahu aktres tersebut lebih peka selepas ini. Sehingga kini, entri tersebut telah menerima 786, 267 ribu ‘likes’.
Jika anda merupakan peminat apatah lagi produk kecantikan yang berasaskan bunga, Mamonde, kini anda boleh dapatkan di 11street.
Mamonde Malaysia, satu jenama kosmetik di bawah Amorepacific Malaysia telah berkembang pasarannya dalam talian melalui perkongsian dengan 11street(www.11street.my),salah satu pasaran dalam talian terbesar di Malaysia.
Dengan pelancaran Mamonde di 11street, pembeli boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk yang merangkumi penjagaan kulit dan barangan mekap. Bukan itu sahaja, setengah daripadanya hanya eksklusif berada di 11street seperti Rose Water Toner 500ml, AC Balance Spot Serum 15ml, AC Balance Spot Patch (12 patches) dan Colour Tone Up Base 30ml (01-Green & 02-Purple).
First Energy Serum Set RM119. Foto – Arkib Wanista
Okay ini part yang paling best, bersempena dengan pelancaran rasmi Mamonde di 11street, Mamonde menawarkan tawaran dalam talian khas pada bulan Jun. Antara tawaran itu termasuk Basic Skincare Set RM49 (jimat 49%), First Energy Serum Set RM119 (jimat 20%), Highlight Lip Tint Set RM50 (hadiah dengan pembelian), Mascara (Volume) Set RM59 (hadiah dengan pembelian), Complimentary Cushion Case dengan setiap pembelian Cover Powder Cushion No.21 atau No.23 (hadiah dengan pembelian).
Mamonde Basic Skincare Set. Foto – Arkib Wanista
“Berdasarkan kempen yang dijalankan, kami mendapati produk Korea adalah salah satu produk yang paling laris di platform kami. Dengan produk kecantikan dan kesihatan sebagai salah satu barangan membeli-belah dalam talian yang paling popular, kami gembira untuk bekerjasama dengan Mamonde Malaysia,” jelas Bruce Lim, Naib Presiden Merchandising, 11street.
Jadi, apa tunggu lagi, cepat ke 11street sekarang!
Sementara cuti sekolah sedang berlangsung, apa kata luangkan masa untuk bawa anak-anak ke Sunway Pyramid hujung minggu ni!
Sumber: Facebook/Sunway Pyramid
Dari sekarang hingga 30 Jun nanti, satu acara menarik anjuran Astro dan Disney Channel membuka peluang kepada kanak-kanak perempuan menyelami dunia Rapunzel dan rakan-rakan dengan menyertai Tangled Quest di mana anak-anak bersama ibu bapa perlu menyiapkan satu soalan mudah mencari watak-watak utama filem animasi Tangled yang menjanjikan hadiah lumayan seperti pengubah suaian bilik tidur bertemakan Rapunzel!
Manakala hingga 11 Jun pula, anak-anak boleh mengisi masa lapang sambil meningkatkan keyakinan diri untuk mencipta jurnal kehidupan dengan menceritakan impian mereka di hadapan kamera di Tangled Dream Booth dan lebih menarik, semua yang hadir dapat bertemu dan bergambar dengan Rapunzel sendiri! Aktiviti global yang digelar “Dream Big, Princess” ini bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan diri kanak-kanak perempuan dan dalam masa yang sama menjadi berani untuk terus mengampai impian.
Bermula 1 sehingga 24 Jun, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) membawakan kempen Jom Ta-pau iaitu membawa bekal sendiri untuk yang tersayang, rakan pejabat dan untuk diri anda sendiri. Ianya sebagai salah satu cara untuk menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan karbon.
Jika anda ingin turut bersama menyertai Jom Ta-pau dapatkan tiga bekas makanan i.care box dengan warna pilihan merah, hijau, oren, ungu dan biru. Anda boleh mengumpul dengan menempah menu Classic Choice (harga normal: RM16.90) ayam panggang-rotisserie bersama kentang putar dan coleslaw (harga normal: RM9.90) dengan harga RM14.90.
Pihak Kenny Roger Roasters tekad untuk meneruskan kempen Reuse & Save bemula 1 Julai hingga 31 Disember 2017 dengan tawaran RM10.00. Pengunjung KRR digalakkan membawa i.care box untuk menikmati menu Classic Choice pada harga RM10.00.
Ada di antara kita lebih memilih untuk menggayakan rambut pendek kerana ianya lebih senang dijaga malah nampak lebih muda berbanding rambut panjang. Betul ke? Tapi penulis memang setuju dengan kenyataan rambut pendek memang boleh membuatkan seseorang itu kelihatan lebih mudadari usia asal. Hai, anda tak nak ke nampak macam gadis remaja walaupun sebenarnya sudah melewati zaman 20-an?
Nak tahu tak, gaya rambut pendek kini merupakan trend terhangat di Korea Selatan dan beberapa pelakon dan penyanyi juga dilihat terjebak dalam trend ini. Pada mereka ia memberi perubahan yang menyegarkan malah tidak merimaskan lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Ini 5 bintang Korea Selatan tampil berambut pendek yang menambah sentuhan keanggunan kepada imej mereka secara keseluruhan.
Suzy
Foto – OneHallyu
Walau ramai netizen terkejut dengan perubahan drastik daripada rambut panjang ikal mayang ke pendek, tetapi rambut pendek potongan layer membuatkan dia nampak lebih segar sekali.
Lee Sung Kyung
Foto – Kpopmap
Pelik jika rambut pendek ‘Kim Bok Joo’ tidak tersenarai kerana gaya rambutnya sedang hangat di Korea Selatan. Ditambah dengan fringe pendek di depan menambahkan kecomelan kepada sesiapa yang mencuba gaya ini.
Girl’s Day Hyeri
Foto – Pinterest
Walaupun kini Hyeri berambut panjang tetapi rambut pendeknya antara yang menjadi ikonik antara bintang K-Pop. Dengan potongan bob ala Victoria Beckham, Hyeri nampak bertambah muda dan segar.
Go Jun Hee
Foto – Pinterest
Satu lagi kegemaran penulis ialah stail rambut pendek pelakon Go Jun Hee, dengan pixie cut dan fringe di depan membuatkan dia nampak lebih tinggi dan edgy sekali. Sangat sempurna!
EXID Hani
Foto -Pinterest
Ini favorite penulis. Kenapa? Rambut pendeknya nampak sangat lembut dan sihat sekali, malah, Hani nampak sangat comel, muda dan yakin sekali dengan penampilan drastik ini.
IU
Foto – Pinterest
Gaya baru IU ini sangat segar dan moden, ia mencerminkan diri IU yang lebih matang seiring dengan usianya kini 25 tahun.
Okay dah dapat idea? Apa kata raya nanti tukar gaya rambut pendek sebegini, mungkin penampilan anda nampak berbeza dan lebih segar nanti.
Seperti biasa, orang-orang kita sering dihantui dengan kisah-kisah misteri… paling takut apabila ia melibatkan jin.
Pernah dengar cerita jin jatuh hati dengan manusia? Perkara itu sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai lebam-lebam misteri pada beberapa bahagian tubuh. Lebih tepat, lebam itu umpama “gigitan cinta” yang ditinggal jin pada tubuh si mangsa pilihannya. Ish, seram kan?
Tetapi, adakah fakta ini logik mengikut pemahaman moden generasi milenial?
Biarpun ia sering mengundang perdebatan, hujah-hujah yang dikeluarkan sering sahaja ‘loggar’ tanpa gabungan fakta kukuh.
Ia juga sering ditanya kepada para ustaz apakah benar lebam di badan yang secara tiba-tiba muncul tanpa sebarang tanda kesakitan itu adalah angkara jin, namun jawapan yang lebih tepat mungkin berbalik kepada pemahaman individu masing-masing. Scara dasarnya lebam yang disebabkan oleh benda ghaib mungkin benar akan tetapi lebam yang dikatakan berlaku kerana reaksi dalaman tubuh adalah jauh lebih logik.
Sumber: davidwolfe.com
Jika anda tanya penulis, penulis lebih terbuka untuk menerima bahawa lebam adalah disebabkan reaksi tubuh.
Menurut kajian saintifik dalam dunia perubatan, lebam yang terjadi secara tiba-tiba boleh disebabkan pelbagai penyakit berkaitan darah dan salurannya. Boleh jadi, ia juga petanda awal yang berpunca dari Leukemia.
Oleh itu, jangan terlalu taksub dengan kepercayaan misteri sehingga penyakit dalam tubuh melarat kerana tersalah anggap bahawa lebam itu adalah perbuatan jin semata. Lalu ramailah yang melawat ke pondok-pondok serta rumah-rumah pengamal perubatan tradisional untuk mengubati ‘penyakit jin’ tersebut sehingga akhirnya menggadai nyawa.
Bagaimana Lebam Terjadi?
Jelas Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam sebenarnya berlaku apabila kulit di badan kita terdapat pengumpulan darah. Ia terjadi apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Pengumpulan darah ini akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan pada permukaan kulit dan bakal hilang sendiri dalam masa dua minggu.
Ia juga dikenali sebagai ecchymosis yang sering berlaku apabila terkena kecederaan trauma akibat terlanggar objek keras. Sebagai contoh bucu meja. Salur darah kecil yang berada di bawah bahagian kulit yang terkena kecederaan itu tadi akan pecah seterusnya mmebuatkan darah berkumpul di situ. Bengkak akan terjadi bahkan menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.
Wanita Lebih Mudah Dapat Lebam
Ini mungkin kenapa kita sering ditakuti dengan kenyataan bahawa “lebam itu adalah perbuatan jin yang telah jatuh hati pada kita”. Walhal, sememangnya wanita lebih mudah mendapatkan lebam kerana kekenyalan tisu kulit wanita lebih lembut dan sensitif berbanding lelaki.
Lebih-lebih lagi apabila umur seseorang semakin meningkat, saluran darahnya juga sudah menjadi lemah membuatkan risiko kemunculan lebam itu lebih tinggi. Kanal-kanak juga mudah lebam tahu?
Kekurangan Zat Juga Penyebab Lebam
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advanced Nutrition: Macronutrients, Micronutrients and Metabolism, punca utama lebam juga kadang-kala disebabkan kekurangan nutrisi seperti vitamin C, Vitamin K, Vitamin B9 dan B12. Bila diet tidak seimbang, sudah tentu kesihatan kulit akan terkesan seperti semakin menipis malah saluran darah juga lemah kerana pertambahan usia.
Cara Merawat Lebam
Tekap bongkah ais di bahagian yang lebam. Kesejukan ais mampu mengurangkan pendarahan dalam kulit seterusnya mengecutkan salur darah.
“Ramai orang kita salah faham bahawa menuam bahagian lebam dapat kecutkan bengkak, benjol atau saluran darah, namun sebaliknya kepanasan akan mengembangkan lagi kecederaan.
“Hanya kesejukan sebenarnya yang berfungsi untuk mengecut kecederaan”.
Tinggikan sekali kedudukan bahagian tubuh yang lebam. Jika lebam pada peha, berbaringlah sambil naikkan kedudukan peha agar lebih tinggi dari paras jantung untuk menghentikan pergerakan darah ke bahagian lebam berkenaan. Jika berdiri, pendarahan akan jadi lebih teruk menyebabkan lebih banyak darah yang dipam ke kawasan kecederaan tersebut.
Perlukah Dapatkan Rawatan Lebam Di Hospital?
Sumber: Pinterest
Jika ianya teruk disebabkan kecederaan berat seperti dihempap almari mahupun televisyen pada bahagian-bahagian sensitiftubuh contohnya di muka atau di kawasan nipis sekitar badan, hendaklah mangsa di bawa ke hospital kerana apabila terlalu banyak darah beku, bahagian itu akan membengkak besar sehingga perlu dibedah untuk keluarkan darah beku tersebut.
Jika setakat kecederaan ringan, cukup sekadar rawatnya di rumah dengan ais.
Hanya perlu ke hospital bila:-
Lebam tak hilang lepas dua minggu.
Kulit lebam tiba-tiba tanpa punca (mungkin tanda penyakit seperti Leukemia).
Lebam muncul tanpa ada berlanggar dengan objek keras.
Jika lebam membengkak dan membesar.
Lebam sehingga menyebabkan bahagian tubuh tidak boleh bergerak (mungkin efek kepada sendi).
Lebam yang terjadi di bahagian mata atau organ sensitif seperti kemaluan.
Semoga perkongsian kali ini berguna buat anda semua…
Jika ada sebarang maklumat tambahan berkenaan entri ini, sila tinggalkannya di bahagian komen. Selamat beramal!
Tinggal lagi dua minggu untuk mengatur segala persiapan untuk hari lebaran! Siapa disini teruja untuk menyambut hari Raya atau anda lebih teruja dengan fesyen Raya untuk tahun ini?
Sebelum bulan puasa lagi, kita sudah melihat banyak nama-nama besar fesyen tempatan melancarkan rekaan fesyen Raya. Fesyen raya kini bukan semata-mata pada baju Kurung atau baju Kebaya, sudah ramai yang keluar dari kelompok tradisional dengan memilih Jubah atau potongan rekaan moden sebagai nafas baru berfesyen.
Wanista tampilkan beberapa pilihan rekaan Baju Raya 2017 yang menepati ciri-ciri fesyen terkini…
Banyak lagi pilihan baju raya 2017 yang telah Wanista kongsikan dengan anda, kalau terlepas baca, jangan risau dengan mudah anda klik https://www.wanista.com/tag/fesyen-raya-2017/untuk lihat pelbagai rencana Wanista mengenai rekaan dan koleksi baju raya 2017.
Seorang lelaki warga Singapura terpaksa memanggil bantuan polis dan pihak Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selepas rumahnya diceroboh masuk oleh seekor kucing. Harris Abu Bakar cuba menghalau kucing hitam tersebut selama dua jam, namun ia berkelakuan sangat agresif sehingga cuba mencakarnya.
Dia buntu dan pelik bagaimana kucing itu dapat memasuki rumahnya, walhal dia sudah menutup dan mengunci semua tingkap dan pintu. Perkongsian Harris mengenai tragedi itu dilaman Facebook telah mendapat lebih dari seribu perkongsian semula.
BURGLARY in my HOME at 1am!Really no idea what witchery or sorcery led the BLACK CAT came in! Door and windows were…
Harris yang mengalami kecederaan pada lengan dan pergelangan tangan baru-baru ini tinggal seorang diri. Dia tidak mampu untuk menguruskan kucing garang dan terpaksa memanggil pihak berkuasa.
Beberapa anggota polis dan SCDF cuba menangkap kucing itu tetapi haiwan berkenaan berjaya keluar dari rumah dan terus menghilangkan diri.
Siapa yang tidak kenal dengan wanita jelita bertudung yang aktif menerbitkan drama-drama hangat di Televisyen ni?
Lihat pada gayanya yang suka mendandan diri serta gemar berfesyen ala muslimah, sudah tentu dia tidak lokek untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi memiliki item fesyen ekslusif biarpun hanya sehelai tudung asalkan sahaja ia cantik di mata bahkan kena dengan cita rasa fesyen diri.
Ziela Jalil.
Ziela, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil menganggap ia juga sebagai terapi untuk wanita berhijab menghilangkan tekanan, lapor akhbar Kosmo!
Lapor akhbar tempatan itu lagi, “Pelakon yang popular sekitar 80an itu dikhabarkan sanggup berbelanja antara RM1,000 sehingga RM5,000 untuk membeli sehelai tudung jenama Bawal Exclusive yang diminatinya sejak 2015.
Biarpun begitu laporan yang dikeluarkan Kosmo!, nampaknya Ziela sendiri kurang senang dengan cerita yang disebarkan media tentang dirinya itu. Jelas Ziela, kenyataan dalam laporan yang ditulis wartawan akhbar berkenaan langsung tidak tepat.
“ASTAQFIRULLAH! Tak takut ke buat dosa bulan2 Ramadan ni? Saya rasa Mungkin bapa awak or Tok awak tolong bayar kan bil2 beribu saya berbelanja setiap hari! Reporter yg menulis ni! awak sgt2 jahat and tidak beretikar, dan yg paling bagus awak berani buat onar begini pada bulan yg penuh keberkatan, bulan Ramadan? Yg pasti awak akan dapat balasannya dari Allah atas tulisan yg tidak benar ini!”
Kerana tidak senang duduk dengan tindakan wartawan berkenaan, sejak petang semalam, Ziela tampil menyuarakan isi hati di akuan Instagram miliknya agar para peminat serta masyarakat tidak terbuai dengan laporan yang berbaur fitnah tentang gaya hidupnya itu.
Berikutan skandal menghisap ganja, wajah Bigbang Top pada iklan syarikat China telah dipadam dan hanya meninggalkan empat ahli lain, G-Dragon, Taeyang, Daesung dan Seungri.
Bigbang sebelum ini dilantik sebagai duta rasmi untuk minuman teh sejuk Nongfu Springs‘ pada 2016 dan kesemua ahli dilihat mempromosikan jenama tersebut menerusi iklan.
Foto – Koreaboo
Tetapi sejak berita pengambilan ganja secara haram Top tersebar, bagaimanapun, gambar rapper tersebut nampaknya telah dikeluarkan daripada syarikat iklan.
Foto – Koreaboo
Sebelum ini, Top terlebih dahulu mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi.