Dah 20 tahun berlalu, tapi moment merangkul mahkota Miss World pada 2000 tidak mungkin akan dilupakan jelitawan Priyanka Chopra.
Buka semula cerita lama, Priyanka mendedahkan bahawa disebalik kemenangannya, tersingkap kisah lucu pada gaun yang dipakai.
Gaun Nak Terlondeh, Terpaksa Taped
Priyanka menjelaskan dia mengalami kecelakaan pada gaun ketika dinobatkan sebagai Miss World 2000.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya menang Miss World, tetapi gaun saya hampir terlondeh dan terpaksa taped. Keadaan itu menyebabkan saya tertekan dan berpeluh hingga pita pelekat tercabut.
“Dan sepanjang masa saya terpaksa melakukan gesture ‘namaste’ walhal sebenarnya sedang memegang gaun. Sangat tidak selesa!,” kenang Priyanka yang berusia 18 tahun ketika itu.
Korset Gaun Met Gala
Lagi sekali Priyanka tidak bernasib baik bila menghadirkan diri ke Met Gala 2018. Isteri Nick Jonas menjelaskan bagaimana dia berjaya mengharungi karpet merah dalam keadaan tidak selesa.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya menyarung gaun Ralph Lauren warna maroon, tetapi yang buat masalah adalah korset di dalamnya, terlalu ketat hingga saya tidak dapat bernafas.
“Saya merasa seperti ia membentuk semula tulang rusuk saya. Begitu sukar untuk duduk semasa makan malam dan saya tidak dapat makan terlalu banyak pada malam itu, “katanya.
Macam-macam hal. Tak dapat bayangkan bertapa gemuruh keadaan Priyanka ketika Miss World. Bagaimana nak kekal senyum, nak melambai padahal gaun tengah…
The post Priyanka Chopra Dedah Kisah Lucu Gaun Dipakainya Masa Miss World 2000 appeared first on Wanista.com.