
Kamu pernah dengar mengenai ARTISTRY SKIN NUTRITION?
Kalau nak tahu, ARTISTRY SKIN NUTRITION adalah rangkaian produk yang mementingkan formula berasaskan tumbuhan selain memberikan nutrisi penting kepada setiap wanita.
Rangkaian ini yang mengandungi bahan-bahan daripada Nutrilite iaitu peneraju vitamin dan suplemen diet yang berasaskan tumbuhan.
Melalui rangkaian ini, setiap wanita akan menerima lima nutrisi utama seperti membersih, menyeimbang, membina semula, melembap dan melindungi.
Regimen Yang Lengkap Sesuai Dengan Cuaca Di Malaysia
Sesuai untuk setiap peringkat usia dan kulit, ARTISTRY telah menghasilkan regimen yang lengkap harian iaitu pencuci, toner wajah dan krim pelembap multifungsi.
“Cuaca lembap di Malaysia membuatkan kulit terdedah dengan toksin dan pencemaran dari sekeliling. Sebab itulah ada kulit yang mudah berjerawat, berminyak dan pelbagai lagi.”
Regimen yang lengkap ini akan memastikan kulit wajah kamu dibaiki selain membuatkan nutrien yang diterima oleh kulit diserap dengan mudah dan berkesan.
Pada masa yang sama, kulit wajah akan dilindungi secara 100% dari dalam terus ke luar dan seterusnya mempertingkatkan fungsi skin barrier wajah.
Phytonutrient Penting Sebagai Formula Utama
Menjadi bahan utama formula kepada ARTISTRY, phytonutrient merupakan bahan yang baik untuk hasilkan produk kecantikan yang berkesan dan efektif kepada setiap pengguna.
Diasaskan oleh Dr Carl Rehnborg, Nutrilite merupakan pengusaha yang terawal dalam menggunakan phytonutrient dalam setiap produknya.
Untuk pengetahuan kamu, phytonutrient adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuhan di mana ia memberi fungsi dan manfaat seperti antioksidan dan anti radang.
ARTISTRY SKIN NUTRITION
Beri 2 Jenis Penyelesaian
Sesuai untuk digunakan untuk pelbagai jenis masalah kulit, kamu boleh gunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION melalui dua cara iaitu Balancing Solution atau Hydrating Solution.
#1 Balancing Solution
Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit seperti kulit berminyak secara berlebihan, merengsa atau liang roma terbuka.
Penyelesaian ini membantu mereka kembalikan keseimbangan kulit dengan cepat. Pada masa yang sama kamu boleh rasai kulit menjadi lembut dengan penghidratan yang ringan dan segar.
Antara produk dalam rangkaian Balancing Solution adalah:
- Balancing Jelly Cleanser [RM 100, 125ML]
- Balancing Fresh Shake Toner [RM 106.30, 200ML]
- Balancing Matte Gel Lotion [RM 156.30, 50ML]
- Balancing Matte Day Lotion SPF 30 [RM 150, 50ML]
Hanya perlukan 3 langkah pemakaian sahaja:
- Langkah 1: Cuci wajah menggunakan Balancing Jelly Cleanser untuk mengurangkan sbeum berlebihan dan membersihkan liang roma untuk elak daripada ditumbuhi jerawat.
- Langkah 2: Guna Balancing Fresh Shake Toner yang diformulasi dengan penyerap minyak khusus dan Witch Hazel untuk kurangkan penampilan roma dan keluarkan sebum berlebihan.
- Langkah 3: Pada waktu pagi, gunakan Balancing Matte Day Lotion SPF 30 membantu dan berikan perlindungan daripada kerosakan sinar UVA dan UVB matahari. Manakala waktu malam, gunakan Balancing Matte Gel Lotion untuk memberikan kelembapan pada kulit secara 24 jam.
#2 Hydrating Solution
Penyelesaian kedua ini berfokuskan kepada individu yang mahu menghidratkan kulit. Melalui penyelesaian ini, kamu mampu memberi kesegaran dan melambatkan tanda-tanda penuaan pramatang yang ketara.
Selain itu, Hydrating Solution ini juga sesuai untuk kamu sudah mengalami tanda penuaan pramatang seperti kekusaman, garis halus sehinggalah kulit menjadi kasar.
Antara produk dalam rangkaian Hydrating Solution adalah:
- Hydrating Mousse Cleanser [RM 126.30, 145ML]
- Hydrating Smoothing Toner [RM 112.50, 200ML]
- Hdydrating Gel Cream [RM 162.50, 50ML]
- Hydrating Day Lotion SPF 30 [RM 156.30, 50ML]
Memerlukan 3 langkah yang ringkas sahaja:
- Langkah 1: Mulakan dengan Hydrating Mousse Cleanser untuk membersihkan kekotoran selain bantu kekalkan dan lindungi mikrobiom kulit serta perintang kelembapan.
- Langkah 2: Kemudian gunakan Hydrating Smoothing Toner yang mengandungi liposom Chia Putih. Fungsinya adalah untuk kekalkan kelembapan semula jadi dan menenangkan kulit.
- Langkah 3: Pada waktu pagi, gunakan Hydrating Day Lotion SPF 30 untuk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB. Semasa waktu malam pula, guna Hydrating Gel Cream Bagi mengekalkan kelembapan, menyuburkan dan melegakan kulit dengan serta-merta.
*Kedua-dua penyelesaian ini boleh dipakai bersama Micellar Makeup Remover+Cleanser [RM 98.80, 200ML]
Untuk pengetahuan kamu, produk ARTISTRY merupakan rangakaian yang menawarkan penyelesaian khusus yang disasarkan untuk keperluan setiap orang.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan rangkaian ini atau pembelian, tekan sini.
The post Wajah Peroleh Nutrisi Penting Lepas Guna ARTISTRY SKIN NUTRITION™ appeared first on Wanista.com.