
Viral kebelakangan ini mengenai pengguna Twitter ‘menggelakkan’ seorang kanak-kanak perempuan apabila melihat gambarnya membawa mangkuk tingkat ke sekolah.
Melihatkan tindakan yang kurang sopan itu, ramai yang mengecam respon pengguna tersebut. Pada masa yang sama, ada yang memberikan kata-kata semangat serta pujian terhadap ibu kanak-kanak itu.
Jika kamu berada di tempat kanak-kanak perempuan tersebut, adakah kamu malu membawa bekal mangkuk tingkat ke sekolah?
Ramai Yang Marah Dan Kecam Tindakan Pengguna Tersebut
Menerusi posting pengguna tersebut di Twitter, dia telah mencetuskan kemarahan ramai pengguna lain di media sosial itu.
Ramai yang sangkakan posting tersebut telah ‘memperlekehkan’ kanak-kanak perempuan tersebut dan ibunya.
Ada juga yang mengaku mereka cemburu melihat kanak-kanak perempuan tersebut membawa bekal. Dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Ibu Tak Kisah Malah Kongsi Menu Di Facebook
Melihatkan posting viral tersebut, Puan Hashimah iaitu ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut tidak ambil hati mengenai posting tersebut.
“Tahun lepas pun saya sediakan bekal untuk anak-anak cuma bezanya tak viral seperti hari ini.”
Keunikan Mangkuk Tingkat Yang Orang Tak Tahu
Bagi sesetengah orang yang tidak tahu, mangkuk tingkat ini mempunyai keunikannya tersendiri. Boleh dikatakan sejak zaman dahulu lagi ramai yang menggunakannya.
#1 Dapat makan makanan yang lengkap dan bernutrisi
Untuk pengetahuan kamu, mereka yang membawa mangkuk tingkat ini berupaya mendapat makanan yang lengkap serta bernutrisi.
Bergantung kepada setiap individu, kamu boleh menyediakan makanan yang lengkap mengikut piramid makanan seperti nasi dengan lauk pauk disertakan dengan buah.
Pada masa yang sama, mangkuk tingkat ini juga sesuai untuk individu yang mahu berdiet.
#2 Mudah dibawa dan tak susah untuk disimpan
Selain itu, mangkuk tingkat ini sebenarnya menjimatkan banyak penggunaan barang atau beg bagi menyimpan bekal.
Dengan hanya menggunakan mangkuk tingkat ini sahaja, kamu tidak akan memerlukan ruang yang banyak bagi menyimpannya.
Mudah dibawa dan tidak berat, memang senanglah untuk kamu bergerak walaupun dalam jarak yang jauh.
#3 Elak pencemaran alam sekitar
Kalau kamu nak tahu penggunaan mangkuk tingkat sebenarnya dapat mengelakkan kamu daripada melakukan pencemaran alam sekitar.
Antara pencemaran alam sekitar yang boleh berlaku adalah pembuangan sampah merata-rata, pembuangan plastik, tisu dan sebagainya.
#4 Dapat jimat duit dengan banyak
Ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Sebenarnya mangkuk tingkat dapat menjimatkan kamu daripada menggunakan duit dengan banyak pada setiap hari.
Kamu hanya perlu membelanjakan duit kepada barang makanan mentah secara bulanan atau mingguan sahaja. Di mana, perbelanjaan ini sedikit sebanyak telah menjimatkan kamu.
Cuba kamu buat pengiraan sekiranya membawa mangkuk tingkat dan makan di luar selama seminggu, pasti kamu terkejut lihat perbezaannya.
#5 Tak susah pun nak jaga dan guna
Mangkuk tingkat ini boleh dikatakan inovasi yang terbaik sejak dahulu sehingga sekarang. Kebanyakannya dihasilkan daripada logam dan kini ada yang diperbuat daripada bahan plastik.
Melihatkan pelbagai jenis bahan yang digunakan untuk hasilkannya, ia menunjukkan mangkuk tingkat ini memang mudah untuk digunakan oleh setiap orang. Tidak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa.
Tidak rumit dan memerlukan penjagaan yang rapi, kamu boleh mencuci dan membersihkan mangkuk tingkat seperti barangan yang lain.
Kalau kamu nak tahu, penggunaan mangkuk tingkat ini semakin lama, semakin ‘pupus’ dalam kalangan masyarakat. Malah kalau nak beli boleh dikatakan harganya dijual lebih mahal.
Cakap tentang mangkuk tingkat ini, kamu pernah tak bawa ke sekolah dulu?
The post Viral Budak Sekolah Bawa Mangkuk Tingkat, Keunikan Ini Ramai Tak Tahu appeared first on Wanista.com.