Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14589

Netizen Kongsi Jenis Vitamin Yang Elok Untuk Kanak-Kanak

$
0
0

Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak bergantung kepada usia, jantina, saiz, tumbesaran dan tahap aktiviti mereka.

Untuk tumbesaran kanak-kanak, sangat penting bagi mereka untuk mendapatkan nutrien dalam jumlah yang mencukupi untuk membantu membina tulang yang kuat, seperti kalsium dan vitamin D.

Zat besi, zink, yodium, kolin, dan vitamin A, B6 (folat), B12, dan D sangat penting untuk perkembangan otak.

Walaupun kanak-kanak mungkin memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih kecil daripada orang dewasa, mereka masih memerlukan cukup nutrien ini untuk pertumbuhan dan perkembangan yang betul.

Adakah kanak-kanak memerlukan makanan tambahan vitamin?

Secara amnya, kanak-kanak yang makan makanan sihat dan seimbang tidak memerlukan makanan tambahan vitamin.

Makanan seimbang seperti pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, tenusu, dan protein untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi.

Foto – Children Medical Group

Walaupun kebanyakan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sihat tidak memerlukan vitamin, tetapi keadaan tertentu mungkin memerlukan suplemen.

Makanan tambahan vitamin dan mineral tertentu mungkin diperlukan untuk kanak-kanak yang berisiko kekurangan, seperti:

  • ikut diet vegetarian atau vegan
  • mempunyai keadaan yang mempengaruhi penyerapan atau meningkatkan keperluan nutrien, seperti celiac disease, cancer, cystic fibrosis, atau inflammatory bowel disease (IBD.
  • pernah menjalani pembedahan yang mempengaruhi usus atau perut
  • sangat cerewet dalam memilih makanan dan susah untuk makan pelbagai jenis makanan

Netizen kongsi jenis vitamin elok untuk kanak-kanak

Vitamin C

Foto – Bited For Foodies

Jika anak-anak anda kerap demam atau selsema, vitamin C boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak anda.

Multivitamins

Jika anak-anak anda kurus dan kekurangan zat makanan serta jenis yang memilih makanan, Multivitamins boleh membantu membekalkan zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan anak-anak.

Kebiasaannya, Multivitamins dicampur skali dengan Lysine bagi meningkatkan selera makan anak-anak sekali.

Lysine

Jika anak-anak anda tiada selera makan, vitamin yang mengandungi Lysine boleh membantu menambah selera makan anak-anak.

Foto – Parenting Science

Anak-anak yang kerap sakit dan tiada selera makan anda boleh memilih Vitamin C + Lysine. Bagi anak-anak yang kekurangan zat atau jenis yang memilih makanan anda boleh memilih Multivitamins + Lysine.

DHA

Bagi anak-anak yang sukar untuk memberi tumpuan, DHA boleh membantu dalam perkembangan otak anak-anak untuk membantu anak-anak lebih fokus.

Contoh jenama vitamin untuk kanak-kanak

Scott’s Vitamin C Pastilles

Foto – Scotts

Appeton Multivitamin Lysine

Foto – Shopee

Champs Vit C with Lysine

Foto – Champs

Scott’s DHA Gummies

Foto – Arkib Wanista

Makan tambahan vitamin dan mineral diperlukan untuk kanak-kanak yang mengikuti diet vegan, mempunyai keadaan yang mempengaruhi penyerapan nutrien, atau si picky eater.

Semoga info bermanfaat untuk ibu bapa dalam memberi nutrien secukup untuk anak-anak.

RUJUKAN : 12

The post Netizen Kongsi Jenis Vitamin Yang Elok Untuk Kanak-Kanak appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14589

Trending Articles