Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595

Usia Dah 50-an, Pelakon Maria Farida Masih Maintain Awet Muda.. Jealous Tau!

$
0
0

Percaya tak Datin Seri Maria Farida sekarang dah 52 tahun. Takkan? Apa yang dia amalkan maintain awet muda langsung tak berubah, macam muda-muda dahulu.

Dipetik dari Utusan, ada yang menggelarnya vampire atau pontianak kerana kelebihan yang dimilikinya itu. Tidak melenting, malah Maria menganggap gelaran seperti itu begitu melucukan.

“Tak apa lagi kalau mereka cakap saya ni macam vampire. Pernah yang saya terbaca, ada yang tuduh saya ni amal ilmu tertentulah termasuk memfitnah saya buat suntikan botox dan pembedahan plastik.

Aktif di media sosial Instagram, Wanista sedikit sebanyak dapat mengikuti rutin wanita putih melepak ini, dan ternyata dia sangat aktif menjaga kecantikan dan kesihatan.

Rutin Harian Buat Maria Farida Aktif

Dipetik dari Nona, rutin harian di rumah adalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Setiap pagi sediakan sarapan dan makan tengahari, beli keperluan dapur, uruskan hal rumah sampai ke malam. Macam rutin ibu-ibu yang lain.

Foto – Instagram @mariafarida

Sedikit sebanyak bila aktif, badan rasa lagi bertenaga dan sihat, semestinya kekal langsing.

Tak Ada Petua Kecantikan, Tapi Mungkin Gen Nenek Moyang

Lagi katanya tiada petua tertentu untuk jaga kulit. Mungkin apa yang dia dapat ialah gen dari nenek moyang.

Foto – Instagram @mariafarida

Lagi pula kulitnya yang sensitif, hanya boleh guna skincare yang light dan bukan anti aging. Kalau salah pakai, boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.

Tapi Tak Lupa Buat Rawatan Facial

Bila shooting, dia dikehendaki menyiapkan diri from head to toe, dan sudah semestinya bersolek tebal.

Foto – Instagram @mariafarida

Seperti yang dikatakan, kulitnya sensitif jadi facial dari pakar dermatologi sedikit sebanyak membantu kulit wajah terjaga dan dirawat dengan baik. Bila buat facial, rasa lagi segar, bersih dan berseri.

Minuman Collagen Rahsia Luar Dalam

Menjadikan minuman tambahan Lucol-S sebagai minuman harian, Maria berkata ia satu-satunya produk kecantikan yang sesuai dengan dirinya.

Foto – Instagram @mariafarida

Lucol-S menguatkan sistem imun, dan telah mengambil minuman ini selama berbulan-bulan sekarang dan sangat gembira dengan hasilnya. Kulit semakin sihat setiap hari.

Fisioterapi Akupuntur Betulkan Otot

Mengalami kecederaan lutut, Maria Farida mula melakukan rawatan fisioterapia akupuntur.

Foto – Instagram @mariafarida

Katanya, menggunakan jarum filamen nipis sekali guna membantu meredakan sakit otot. Ia dimasukkan ke dalam otot untuk melepaskan titik pencetus myofascial (simpulan di otot) yang membantu dalam mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi otot.

Bayangkan anak-anak dah meningkat usia, tapi wanita ini tetap cantik macam zaman anak dara. Beruntung sangat. Kalau anda nak macam Maria Farida, kenalah aktif untuk kekal cergas dan cerdas.

Selamat Beramal!

The post Usia Dah 50-an, Pelakon Maria Farida Masih Maintain Awet Muda.. Jealous Tau! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14595