Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14598

Lupakan Pita Pengukur, Ini Ada Aplikasi Ukur Saiz Bra Guna Telefon Pintar

$
0
0

Penulis pasti masih ada lagi wanita yang tidak mengetahui saiz pakaian dalam, bukan? Nak guna pita pengukur tetapi tak tahu? Jangan bimbang! Kini, ada satu teknologi baharu dicipta bagi memudahkan proses mengukur.

Foto - instylewhatsrightnow.wordpress.com
Foto – instylewhatsrightnow.wordpress.com

ThirdLovesebuah syarikat pengeluar pakaian dalam wanita di San Francisco, Amerika Syarikat telah mencipta satu perisian khas bagi mengukur saiz coli dan ianya dikatakan lebih tepat jika dibandingkan dengan penggunaan pita pengukur yang selama ini digunakan.

Penaung syarikat ini Heidi Zak berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Cara penggunaannya juga dianggap mudah dan mesra pengguna.

Foto - noticias.softonic.com
Foto – noticias.softonic.com

Pengguna yang ingin mendapatkan ukuran tepat saiz coli mereka hanya perlu berdiri di hadapan cermin sambil berselfie. Beberapa langkah mudah lain turut diterangkan antaranya pengguna perlu berdiri dengan jarak tertentu di hadapan cermin.

Ukuran akan ditentukan oleh sistem canggih yang terdapat pada aplikasi terbaharu ini hanya dalam masa 5 minit sahaja. Ianya dianggap sangat memudahkan pengguna terutama ketika berada di pusat beli belah untuk membeli pakaian dalam.

Aplikasi canggih itu kini sudah mula dijual di pasaran United Kingdom pada harga £33 (RM211.41) sehingga £46(RM294.68).

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14598