Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14599

Wanita Kena Peka, Lelaki Paling Tak Suka Dengan Tabiat Ini

$
0
0

“Nak kata tak cantik, cantik je aku. Siap pakej pandai lagi. Tapi kenapa tak ada lelaki yang mahukan aku?”

Pernah tak kamu rasa seperti di atas? Jangan terkejut pula jika kamu cantik tetapi tiada lelaki yang mahu dekat atau berhubungan dengan kamu.

Kadang kala ada beberapa tabiat yang kamu sendiri tak sedar telah membuatkan lelaki tidak  mahu mendekati atau turn off dengan kamu. Nasihat penulis, wanita perlu peka dan ubah tabiat berikut jika mahukan lelaki kamu suka mendekati diri kamu.

#1 Sindir Di Media Sosial 

Perasan tak sesetengah wanita gemar berkongsi pautan atau quotes di media sosial. Terutamanya apabila melibatkan soal perhubungan seperti cara layanan pada wanita atau jangkaan wanita terhadap lelaki.

Foto – Pinterest

Kalau kamu nak tahu sebenarnya lelaki sangat tidak sukakannya. Bagi mereka, wanita seperti ini tidak akan membahagiakan mereka malah hanya akan mencari dan meletakkan kesalahan ke atas mereka sepanjang masa.

#2 Bergurau Terlalu Kasar 

Tak dinafikan bila bergurau, automatik anggota badan lain akan turut bergerak. Ada yang jenis mencubit, menampar dan ada juga yang memukul. Tabiat begini bukan sahaja buatkan lelaki jadi turn off, malah nak berbual pun mereka tak mahu.

GIF – GIPHY

Tambahan pula, tabiat ini menunjukkan kamu bukanlah seorang wanita yang sopan dan ayu seperti apa yang lelaki mahukan.

#3 Tidak Menjaga Kebersihan Diri

“Muka cantik tapi pengotor!”

Memang minta jauh daripada mendapat pasangan yang tidak gemar menjaga kebersihan diri. Untuk pengetahuan kamu, tak kiralah perempuan atau lelaki, kebersihan diri sangat penting!

Foto – Pinterest

Cuba bayangkan kamu dapat pasangan yang pengotor, memang rasa seperti mahu putuskan hubungan, betul tak?

#4 Bercakap Guna Nada Suara Bayi 

Memang annoying bila dengar wanita menggunakan nada seperti bayi ketika bercakap. Bagi lelaki, wanita seperti ini mempunyai personaliti yang mengada-ngada dan palsu di hadapan mereka. Malah wanita ini juga tidak nampak menarik di mata lelaki.

#5 Cemburu Buta 

Cuba tanya diri sendiri adakah kamu suka pasangan atau crush yang cemburu buta?

Foto – Pinterest

Cemburu sekali sekala tidak mengapa, tetapi kalau cemburu selalu dan tidak menentu memang turn off. Bukan apa, cemburu buta ini boleh merosakkan hubungan dan membuatkan tiada siapa mahu dekat dengan kamu.

Semak balik kelima-lima tabiat di atas pada diri kamu. Jika ada, jangan hairanlah kenapa lelaki tidak mahu mendekati kamu.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Wanita Kena Peka, Lelaki Paling Tak Suka Dengan Tabiat Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14599