
Salah satu petua yang diamalkan orang-orang tua untuk memudahkan proses bersalin adalah air selusuh.
Air selusuh ini dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu yang hamil mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Fungsi air selusuh bukan saja untuk diminum, malah boleh disapu pada perut. Air selusuh merupakan air yang dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Kenapa Ada Jururawat Tak Galakkan Air Selusuh
Halnya begini, proses pembuatan air selusuh yang diletakkan pelbagai jenis akar kayu mungkin boleh memberi mudarat kepada si ibu dan kandungan, dikhuatiri mendatangkan kesan negatif.
Dipetik dari Hello Doktor, menurut Pakar Obsterik & Ginekologi, Dr Muhammad Izzat, terdapat penyediaan air selusuh yang menggunakan bahan seperti akar fatima, akar kayu dan herba lain di dalam air tersebut.
Hal ini sekali gus menjadi campuran dan gabungan air dengan tambahan bahan herba lain akan mewujudkan bahan kimia aktif.
Tetapi jika air selusuh hanya air kosong biasa dan dibacakan ayat-ayat Al-Quran, ia tidak mendatangkan masalah.
Air selusuh bukan hanya mudahkan proses bersalin tapi sebagai penenang jiwa juga. Selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yg berpandukan Al-Quran dan Hadis. Daripada segi hukum Islam, selusuh adalah harus.
Gambar Cara Buat Air Selusuh Dari Ustaz Don
#1
- Foto – FB Kelab Ikhtiar Hamil
#2
- Foto – FB Kelab Ikhtiar Hamil
#3
- Foto – FB Kelab Ikhtiar Hamil
#4
- Foto – FB Kelab Ikhtiar Hamil
#5
- Foto – FB Kelab Ikhtiar Hamil
Selamat beramal!
The post Mudahkan Proses Bersalin, Ini Cara Buat Air Selusuh Dari Ustaz Don appeared first on Wanista.com.