Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14547

Cuba 5 Resepi Vietnam Ini, Sesuai Untuk Yang Nak Kurus

$
0
0

Tengah nak berdiet dan turunkan berat badan, bukan boleh sembarangan makan. Kamu mestilah strict dalam bab makanan untuk dapatkan berat badan yang diingini.

Entri kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu beberapa resepi daripada Vietnam yang sesuai untuk dimakan ketika berdiet. Bukan sahaja sedap, malah menyihatkan!

Bun Cha

Foto – Cookpad

Bahan-bahan suhun: 

  • 3 paket suhun – celur dan tos
  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 2 sudu besar rempah kari – bancuh pes
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 biji telur

Bahan-bahan isian: 

  • 1 batang lobak merah – hiris panjang
  • 3 helai daun salad
  • 1 batang daun bawang – hiris
  • 1 batang daun ketumbar – hiris
  • 1 biji avocado – potong
  • 1 keping dada ayam – panggang dan hiris

Pho 

Foto – The Malaya Post

Bahan-bahan: 

  • 500g Bahn Pho/bihun Vietnam – celur dan tos
  • 500g daging batang pinang – cuci dan tos
  • 500g tulang – cuci dan tos
  • 3cm halia muda – hiris panjang
  • 1 biji bawang besar – potong dadu kecil
  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 sudu teh  serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Bahan-bahan rempah ratus:

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga

Bahan-bahan isian: 

  • Daun sup – hiris
  • Taugeh – celur dan tos
  • Limau nipis – hiris
  • Cili – hiris
  • Bawang goreng

Bahn Xeo

Foto – Taste

Bahan-bahan crepe

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 pokok daun bawang – hiris halus
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan isian: 

  • 300gm udang – buang kulit dan cincang
  • 1/2  biji bawang holland – cincang halus
  • 1 cawan taugeh – basuh dan tos
  • 3 pokok daun ketumbar – hiris
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sos cili Thai

Papaya Salad 

Foto – Marion Kitchen

Bahan-bahan Salad (A):

  • 1 biji betik hijau – basuh dan sagat memanjang
  • 200g udang – rebus dan dicincang
  • 1 genggam daun pudina – hiris
  • 1 genggam daun selasih – hiris
  • 1 genggam daun ketumbar – hiris
  • 1 sudu besar kacang panggang – hancur kasar
  • 1 biji cili merah – dihiris

Bahan-bahan Sos (B):

  • 2 sudu besar cuka beras
  • 1 sudu besar jus limau
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji cili padi – hiris
  • 1 ulas bawang putih – cincang

(P/s: Campurkan bahan (A) dan bahan (B). Gaul sebati dan siap. Bagi rasanya pula, adjust ikut selera kamu.)

Vietnam Roll 

Foto – Pinterest

Bahan-bahan popia:

  • 6 keping kulit popia Vietnam – rendam dan keringkan
  • 200g suhun – celur
  • 200g dada ayam – crebus dan siat
  • 10 ekor udang –  celur
  • 5 helai daun salad – basuh dan keringkan
  • 1 biji timun –  hiris panjang
  • 1 batang lobak merah – hiris panjang
  • 1 pokok daun ketumbar – cincang
  • 1 pokok daun bawang – hiris panjang

Bahan-bahan sos:

  • 1 sudu makan minyak sayur
  • 1 sudu makan bawang putih – cincang
  • 5 sudu makan sos Hoison
  • 5 sudu makan air rebusan ayam
  • 1 sudu makan mentega kacang
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan kacang tanah – sangai dan hancur kasar

Nampak sedapkan? Bukan sahaja sesuai untuk mereka yang tengah berdiet, yang tidak berdiet pun boleh mencuba!

The post Cuba 5 Resepi Vietnam Ini, Sesuai Untuk Yang Nak Kurus appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14547