
Beauty junkies, rejoice! Selepas lamanya, akhirnya kita dapat memanjakan diri dengan rawatan kecantikan yang mewah, santai, gaya rambut baru dan kuku yang dijaga dengan sempurna.
Dari Beauty Hall dan Fashion Avenue di Pavilion KL, ke pusat-pusat rawatan dan spa di Da Men USJ dan Intermark Mall, berikut adalah pilihan utama Wanista.
Oriental Signature, Pavilion KL
Rasa sakit- sakit belakang akibat bekerja dari rumah terlalu lama? Di Oriental Signature menyediakan rawatan mengurut terbaik untuk menyelesaikan masalah sakit otot.
- Foto – FB Oriental Signature
Untuk bulan Oktober, pelanggan yang diberi vaksin sepenuhnya yang menjadi pengikut halaman Facebook Oriental Signature akan mendapat potongan 20% eksklusif.
ELEMIS, Pavilion KL
Rawatan wajah dan badan menggunakan ELEMIS Japanese Camellia Body Oil Blend, yang kaya dengan kolagen menyerap jauh ke dalam kulit untuk membantu meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit.
- Foto – City Forum
Untuk bulan Oktober, Ahli Pavilion Privileges akan menerima HD Skin Diagnosis percuma dan satu Pro-Collagen Overnight Matrix 15ml bernilai RM315.
Velvet Threading and Waxing Specialist, Da Men USJ
- Foto – FB Velvet-Threading & Waxing Specialist
Di sini, pelanggan dapat memilih pelbagai pilihan penyingkiran bulu dari threading, soft wax dan hard wax, serta eyelash lifting dan pelbagai rawatan wajah dan rambut.
Luxury Beautilab, Da Men USJ
Bersantai dan segarkan diri di Luxury Beautilab dengan salah satu daripada banyak rawatan wajah yang disediakan untuk pelbagai jenis kulit.
- Foto – FB Beautilab
Individu lahir bulan Oktober boleh menikmati Hydrating Spa Facial Massage dengan harga RM88 (NP RM488).
Jo Nails & Spa, Intermark Mall
Dari klasik hingga gel dan juga acrylic, Jo Nails & Spa adalah tempat yang tepat untuk rawatan kuku. Di sini menyediakan perkhidmatan memulih dan merapikan kuku dengan minyak berkhasiat dan seni kuku yang menakjubkan.
- Foto – The Yum List
Pelanggan dapat menikmati potongan 10% dari semua perkhidmatan untuk bulan Oktober.
Groom Artistry, Intermark Mall
- Foto – FB Groom Artistry
Anda memerlukan potongan dan warna yang segar untuk menukar penampilan. Datang saja ke Groom Artistry, digelar sebagai Doktor Rambut membantu mencantikkan lagi rambut anda.
Body Perfect, Intermark Mall
- Foto – Body Perfect
Dapatkan bulu mata impian dengan bantuan eyelash extension di Body Perfect. Tentukan seberapa tebal dan panjang yang anda inginkan agar bulu mata sintetik anda sesuai dengan penampilan yang anda inginkan.
Jangan lupa buat temu janji okay!
The post Lama Tak Ke Spa, Manjakan Diri Anda Di Tempat Pilihan Ini. Ada Diskaun & Promosi! appeared first on Wanista.com.