Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14553

Bernikah Secara Islam! Ini 4 Fakta Perkahwinan Anak Perempuan Bill Gates

$
0
0

Jennifer Katharine Gates, puteri sulung Bill Gates dan Melinda French, secara rasmi menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini.

Wanita berusia 25 tahun itu berkahwin dengan Nayel Nassar, seorang lelaki Muslim keturunan Mesir pada hari Sabtu (16/10).

Jom lihat fakta di sebalik perkahwinan anak perempuan pertama Bill Gates ini.

1. Miliki Hobi Yang Sama

Jennifer dan Nayel pada mulanya bertemu di Stanford University, Amerika Syarikat, ketika mereka berdua sedang belajar. Kedua-duanya mempunyai hobi yang sama, iaitu menunggang kuda.

Foto – Daily Voice

Nayel kemudian melamar Jennifer pada Januari 2020 dan tahun ini pasangan itu memutuskan untuk berkahwin secara Islam.

Nayel Nassar adalah atlet berkuda dari Mesir yang beragama Islam. Upacara perkahwinan Nayel dan Jennifer dilakukan secara Islamik, menurut agama Nayel. Acara perkahwinan itu diadakan pada hari Jumaat (15/10) malam dan majlis resepsi diadakan sehari kemudian dengan hanya menjemput 300 orang.

Pada majlis perkahwinan di Westchester, New York, Amerika Syarikat (AS) pada hari Sabtu (16/10), Jennifer dilaporkan mengenakan gaun dari pereka fesyen Vera Wang. Dari foto yang beredar, ketika dia melangkah keluar, Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang mengenakan gaun hijau.

2. Berkenalan Sejak tahun 2017

Jennifer dan Nayel kemudian mula bercinta sejak tahun 2017. Sejak itu, kedua-dua Jennifer dan Nayel sering menyokong kerjaya dan pendidikan antara satu sama lain. Ini dapat dilihat ketika Jennifer sering menemani Nayel dengan menunggang kuda.

Foto – Daily Voice

Sementara itu, Nayel, yang merupakan seorang penunggang kuda Mesir, menghadiri majlis graduasi Jennifer di Universiti Stanford pada tahun 2018.

3. Melinda Turut Terlibat Dalam Perkahwinan Ini

Foto – Daily Voice

Walaupun dia bercerai dengan Bill Gates, Melinda French masih terlibat dalam perkahwinan anak perempuannya. Melinda mengadakan pesta bulan lalu untuk meraikan detik istimewa anak perempuannya. Semua ini dilakukan untuk memastikan Jennifer benar-benar gembira menyambut kehidupan barunya.

Foto – Daily Voice

“Jennifer sangat dekat dengan ibunya. Melinda bahkan berperanan besar dalam persiapan perkahwinan mereka,” kata sumber kepada People.

4. Menelan Kos US$ 2 Juta

Foto – Daily Voice

Dilaporkan dari Daily Voice, perkahwinan Jennifer Gates dan Nayel Nassar sangat mahal walaupun diadakan di kawasan sederhana di sebuah ladang. Pasangan ini membelanjakan US$ 2 juta atau setara dengan RM8.2 Juta. Kawasan ladang kuda yang dijadikan tempat perkahwinan juga diramalkan bernilai sangat tinggi iaitu US$ 16 juta atau sekitar RM 80 Juta.

Ladang itu adalah hadiah dari Bill Gates kepada puteri sulungnya setelah menamatkan pengajian di Universiti Stanford.

The post Bernikah Secara Islam! Ini 4 Fakta Perkahwinan Anak Perempuan Bill Gates appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14553