Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14558

Kesiannya! Wanita Di Korea Hanya Boleh Beli Beg ‘Chanel’ Sekali Setahun, Ini Sebabnya

$
0
0

Siapa sahaja yang tak kenal dengan jenama mewah, Chanel lagi-lagi penggemar fesyen. Nampaknya jenama ini berasal dari Perancis ini telah mencipta peraturan baru bagi penggemar fesyen di Korea Selatan.

Khabarnya, Chanel telah memutuskan untuk mengawal pembelian jumlah beg dari pelanggan mereka di Korea Selatan. Agak mengejutkan, dalam masa setahun, pelanggan hanya boleh dapatkan maksimum satu beg sahaja.

Seperti yang dilaporkan oleh Hankook Ilbo, dalam peraturan baru itu, setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli satu unit Timeless Classic flap bag dan satu Coco Handle setahun.

Chanel’s Classic flap bag. Foto: Korea Times file

Peraturan yang sama juga berlaku untuk barang-barang yang dikategorikan sebagai barang berbahan kulit ukuran kecil (seperti dompet dan pouch), jika pelanggan menginginkan lebih dari satu model yang sama dalam kategori tersebut.

Apa Sebabnya?

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, peraturan ini dibuat setelah berlakunya peningkatan penjualan kembali (reselling) beg Chanel di Korea Selatan.

Fenomena reselling di sana muncul akibat adanya sistem open run. Open run sendiri merupakan sikap segelintir pembeli yang bergegas memasuki sebuah butik beberapa saat ia dibuka. Mereka biasanya rela menunggu berjam-jam untuk memasuki butik secepat mungkin agar peluang mendapat barang yang diinginkan semakin tinggi.

Orang ramai dalam foto pada 29 Jun yang lalu berbaris untuk memasuki kedai Chanel di Lotte Department Store di pusat bandar Seoul. Foto: Korea Times file

Pelanggan yang membeli seperti ini biasanya tidak hanya mahukan beg itu sendiri, tetapi akan menjual semula beg tersebut dengan harga yang lebih tinggi di tempat lain. Perbezaan antara harga yang dijual sekitar US$ 300 hingga US$ 400.

Walaupun harga yang dijual sangat melampau tinggi, tapi penggemar fesyen di Korea sanggup membayar demi beg impian mereka. Justeru, mereka dapat jimat masa dan tak perlu bersesak ketika open run.

Untuk info, jenama Chanel bukalah satu-satunya jenama mewah yang menghadkan pembelian setiap orang. Antara jenama lain seperti Hermes yang membolehkan setiap pelanggan membeli hingga dua beg model yang sama setiap tahun.

Di samping itu, terdapat juga jenama jam tangan mewah, Rolex, yang menghadkan masa membeli-belah setiap orang hanya satu atau dua jam setahun.

The post Kesiannya! Wanita Di Korea Hanya Boleh Beli Beg ‘Chanel’ Sekali Setahun, Ini Sebabnya appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14558