Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14611

5 Ciri Mental Tidak Sihat, Salah Satunya Asyik Sedih Tanpa Sebab

$
0
0

Ramai yang tak tahu dan ada yang tak ambil kisah mengenai gangguan kesihatan mental. Ini kerana ada yang anggap perubahan emosi, pemikiran dan tingkah laku adalah normal.

Jika perubahan ini menganggu aktiviti harian dan kualiti hidup kamu, sebenarnya ia tidaklah normal. Kalau tak rawat dengan segera, ia boleh menjadi lebih teruk.

Nak tahu sama ada seseorang individu atau diri sendiri miliki gangguan kesihatan mental, perhatikan beberapa ciri berikut;

#1 Kualiti Tidur Terjejas 

Paling ketara! Individu yang memiliki gangguan kesihatan mental akan mempunyai kualiti tidur yang terjejas.

Foto – Pinterest

Ini kerana mereka akan mula berasa susah untuk tidur, terlebih tidur atau alami insomnia dalam jangka masa yang panjang. Bila kualiti tidur terjejas, mulalah diri akan menjadi kurang produktif dan tidak bertenaga.

#2 Mula Menjauhkan Diri 

Rasa seperti mahu menjauhkan diri daripada orang lain dan mahu bersendiri sepanjang masa? Hati-hati, kamu mungkin mempunyai ciri masalah kesihatan mental.

Foto – Pinterest

Individu yang mengalami ciri ini akan rasa susah untuk sesuaikan diri dan berinteraksi dengan orang lain. Malah susah untuk mempercayai dan mula menjauhkan diri daripada orang sekelilingnya.

#3 Masalah Gangguan Makan

Foto – Pinterest

Kalau kamu perasan gangguan kesihatan mental boleh membuatkan seseorang itu alami masalah gangguan makan seperti selera makan berlebihan (stress eating) atau langsung tiada selera makan.

#4 Kerap Bersedih Tanpa Sebab 

Ciri yang paling sering terjadi adalah rasa sedih yang berpanjangan dan tanpa sebab yang jelas.

Foto – Pinterest

Bila seseorang kerap berasa sedih, mereka akan susah untuk berasa gembira, sentiasa berputus asa, kerap berasa menyesal dan ada juga yang mahu mengakhiri hidup mereka dengan cepat.

#5 Sangat Sensitif & Kerap Marah 

Perasan tak dalam masa sehari, kamu rasa rasa sangat sensitif dan kerap marah tanpa sebab yang jelas?

Foto – Pinterest

Info untuk kamu, orang yang mempunyai gangguan kesihatan mental cenderung untuk marah dan sensitif bagi meluahkan perasaannya. Lebih-lebih lagi bila mood dan kelakukannya berubah tanpa sedar.

Perhatikan pada diri kamu, ada tak beberapa ciri di atas? Jika ada cepat-cepat dapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada pakar profesional okay.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post 5 Ciri Mental Tidak Sihat, Salah Satunya Asyik Sedih Tanpa Sebab appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14611

Trending Articles