Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14630

Khas Untuk Bibir Kecil, Kamu Wajib Elak Pakai Warna Ini

$
0
0

Hari ini nak pakai lipstik warna ungu lah, esok warna merah. Lusa pula warna oren.

Ramai yang ingat bila ada bibir kecil, senanglah mereka nak pakai warna lipstik apa pun.

Miliki bentuk bibir yang kecil bukanlah ‘tiket’ untuk kamu main hentam sahaja ye pakai warna ikut kesukaan kamu.

Tapi sebenarnya ada beberapa ‘pantang larang’ yang wajib si bibir kecil tahu.

Wajib Elak 3 Warna Ini! 

Selain perlu pilih lipstik ikut warna kulit, kamu juga perlu pilih warna lipstik mengikut bentuk bibir.

Foto – Pinterest

Khas untuk si bibir kecil, antara warna yang kamu perlu elak adalah;

#1 Burgundy 

Wajib, wajib dan wajib elak! Kamu perlu tahu warna ini sangatlah tak sesuai dengan bentuk bibir yang kecil itu. Kalau nak pakai juga, lebih baik kamu pakai warna merah terang.

Foto – Pinterest

Barulah bibir nampak tebal, besar dan segar.

#2 Ungu Tua 

Walaupun warnanya nampak menarik tetapi si bibir kecil tak boleh pakai ye.

Foto – Pinterest

Ini kerana cahaya tidak boleh dipantulkan di bibir dan menyebabkan bibir nampak lebih kecil. Malah penampilan akan nampak lebih tua dan tidak segar.

#3 Coklat Tua 

Memang nampak elegan dan berani bila pakai warna gelap terutamanya coklat tua. Tetapi warna ini tidak sesuai dan perlu dielak kerana ia menampakkan lagi bentuk bibir kamu.

Foto – Pinterest

Bukan nampak lebih besar dan mungil, tetapi makin kecil daripada yang asal.

Bila tak boleh pakai warna-warna di atas, janganlah pula kamu runsing. Cuba pakai beberapa warna yang cerah dan terang seperti merah, merah jambu, oren atau warna-warna nude.

P/s: Bagi peminat shimmer dan lip gloss, jangan pakai terlalu banyak atau lebih baik elakkannya okay?

The post Khas Untuk Bibir Kecil, Kamu Wajib Elak Pakai Warna Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14630

Latest Images

Trending Articles