Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14611

Hidup Berubah Sekelip Mata, Ini Yang Unik Tentang Maharani Jepun Masako Owada

$
0
0

Siapa saja yang tak kenal dan tahu tentang kisah hidup Maharani Jepun iaitu Masako Owada?

Masako merupakan seorang wanita biasa yang berjaya menarik perhatian Maharaja Jepun Nahurito yang ketika itu masih lagi menyandang gelaran Putera Mahkota.

Walaupun penuh dengan kontroversi, ini antara keunikan dan fakta yang menarik tentang Masako Owada yang patut kamu tahu.

Seorang wanita yang bijak

Sangat bijak! Masako dilaporkan menamatkan pengajian di Universiti Oxford dalam jurusan ekonomi dan memenangi BA magna cum laude.

Foto – Pinterest

Dia juga tersenarai sebagai salah seorang pelajar lepasan ijazah dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa di kampus Balliol dan jurusan undang-undang di Universiti Tokyo.

Mampu menguasai enam bahasa 

Bukan sahaja boleh menguasai ilmu ekonomi, hubungan antarabangsa dan undang-undang, Masako memiliki kelebihan dalam menguasai enam bahasa.

Antara bahasa yang Masako fasih adalah bahasa Jepun, Inggeris, Rusia, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Gemar berolahraga 

Sama seperti orang lain, Masako sangat gemar berolahraga. Antara sukan yang diminatinya adalah ski, hiking, tenis, mendayung dan gusti.

Foto – Pinterest

Semasa berada Universiti Oxford, Masako pernah memasuki pertandingan mendayung dan menjadi jurumudi.

Pernah tinggal di luar negara

Info untuk kamu, Masako pernah tinggal di Amerika Syarikat dan New York. Ini kerana ayahnya seorang senior diplomat Jepun.

Foto – Pinterest

Masako menerima pendidikan di Belmon High School. Dia dikatakan seorang pelajar yang aktif apabila terlibat dalam Kelab Bahasa Perancis dan Kelab Matematik.

Menjadi seorang diplomat Jepun 

Mahu menjadi seperti bapanya, Masako memiliki obsesi untuk menjadi seorang diplomat yang cemerlang.

Foto – Pinterest

Masako kemudian memohon untuk menjadi junior diplomat Kementerian Luar Jepun dan permohonannya diterima. Dia juga pernah menjadi penterjemah untuk negaranya.

Berjumpa Maharaja Nahurito di sebuah majlis 

Di puncak kerjaya, Masako mula menyimpan perasaan terhadap Maharaja Nahurito yang ketika itu menjadi seorang Putera Mahkota Jepun.

Foto – Pinterest

Dia berjumpa dengan suaminya ketika menghadiri sebuah majlis teh yang dijemput oleh orang kenamaan Sepanyol.

Tolak lamaran sebanyak dua kali 

Disebabkan obsesinya terhadap jawatan sebagai diplomat dan tidak mahu kebebasannya terhalang, Masako dilaporkan menolak lamaran Maharaja Nahurito.

Foto – Pinterest

Walaupun menolak sebanyak dua kali lamaran, Masako akhirnya menerima lamaran ketiga dan bersetuju untuk berkahwin dengan Maharaja Nahurito pada tahun 1993.

Itulah keunikan Maharani Masako yang ramai tak tahu. Sudahlah cantik, pandai pula, tak hairanlah kenapa Maharaja Nahurito sanggup menunggunya.

The post Hidup Berubah Sekelip Mata, Ini Yang Unik Tentang Maharani Jepun Masako Owada appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14611

Trending Articles