Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Senaman 12/3/30 Memang Berkesan, Tak Sampai Sebulan Berat Turun Dengan Banyak

$
0
0

Trending di TikTok, senaman 12/3/30 dikatakan berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Dalam sebulan ada yang dedahkan berat turun sebanyak 14kg.

Paling senanglah dalam banyak-banyak jenis senaman, apa kata jom cuba trend senaman 12/3/30 ini di rumah macam di bawah:

Praktik Senaman 12/3/30 Di Rumah 

Dicipta oleh YouTuber Lauren Giraldo, senaman 12/3/30 ini melibatkan senaman berjalan kaki di atas treadmill yang disertai dengan beberapa syarat khas iaitu:

Foto – Lauren Giraldo (YouTube)
  1. Tetapkan treadmill pada kecondongan 12%.
  2. Kemudian tingkatkan kelajuan pada 3mph
  3. Jalan di atas treadmill selama 30 minit.

Apa Pula Kata Pakar, Okay Ke Tak Senaman 12/3/30?

Dipetik daripada Bustle, Vanessa Liu iaitu jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan mendedahkan senaman 12/3/30 ini boleh menjadi senaman yang berkesan. Tetapi kamu perlu berhati-hati kerana tak semua orang boleh lakukannya.

@zoemiyoko

@laurengiraldo #12330 #laurengiraldo #treadmillchallenge #treadmillworkout

♬ I Can’t Stop (Ekali Tribute) – Flux Pavilion

@nataliepls

HOLY SHSSJAKJ I AM SO PROUD OF MYSELF. thank you @laurengiraldo! #workout #workoutchallenge #greenscreen #fitness #health #weightloss #transformation

♬ original sound – big yikes

@dreavazquez

Reply to @klari_da I love @laurengiraldo #fitnessjourney #12330 #workout #weightloss #weightlossjourney #fyp

♬ original sound – drea

Info untuk kamu, berjalan di atas treadmill adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan daya tahan kardio. Selain itu, ia juga adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.

Pada masa yang sama senaman ini juga bagus untuk dilakukan kerana kelajuan yang ditetapkan iaitu 3mph adalah kelajuan harian seorang individu berjalan.

Bagi mereka yang mahu lakukan senaman 12/3/30 ini pastikan kamu mengambil ukuran sebelum bersenam dan memakai sepasang kasut sukan yang sesuai okay!

The post Senaman 12/3/30 Memang Berkesan, Tak Sampai Sebulan Berat Turun Dengan Banyak appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607