Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Approved! Wanita Ikut Trik Jurusolek Kim Kardashian, Bibir Jadi Mungil Dalam Sekelip Mata

$
0
0

Nak bibir mungil macam kebanyakan selebriti Hollywood sebenarnya tak perlu pun lakukan pembedahan kosmetik. Team Wanista ada rahsianya…

Kamu pernah nampak trendLip Lift By Mario“di TikTok? Bagi yang tak tahu, trend ini diciptakan oleh jurusolek Kim Kardshian iaitu Mario Dedivanovic.

Mudah sahaja nak lakukan trend ini, yang penting kamu tahu teknik lip lining yang betul mengikut langkahnya yang terperinci.

Sekelip Mata Bibir Mungil Macam Kim Kardashian

Tak dinafikan bila orang kata lip lining, mesti ada yang buat garisan bibir ikut kata hatinya.

Tetapi lain pula bila beauty influencer di TikTok, Amelia Oliva mendedahkan beberapa tips dan trik untuk dapatkan bibir mungil segera menerusi trendLip Lift By Mario“.

@ameliaolivia09

Omg wow lip filler without the pain!! Ib: @carsynnlovee #mariomakeup #makeuphacks #biggerlipsnaturally #lipstickhack

♬ original sound – Amelia Olivia

Pertama sekali kamu memerlukan lip liner dan berus bibir. Kemudian, ikut langkah berikut:

Langkah 1: Beri fokus pada Cupid’s Bow kerana ia adalah titik yang penting. Gariskan sedikit di luar garisan bibir atas dari luar ke dalam. Pastikan jarak antara hidung dan bibir menjadi sedikit.

Langkah 2: Nak nampak bibir seperti diangkat, gariskan bahagian tengah pada bibir bawah. Kemudian garis seluruh bibir bawah bermula dari luar sehingga ke dalam.

Langkah 3: Ambil berus bibir dan blend garisan di garis tepi bibir. Tujuannya adalah untuk nampakkan bibir mungil secara semula jadi.

Tips tambahan: Kamu juga boleh dab foundation atau concealer pada berus dan sapu di bahagian tepi bibir untuk naturalkan garisan tersebut.

Psst… Nak bibir mungil nampak lebih menonjol dan semula jadi, gunakan lipstick atau lipgloss yang bertekstur ringan okay? Selamat mencuba!

The post Approved! Wanita Ikut Trik Jurusolek Kim Kardashian, Bibir Jadi Mungil Dalam Sekelip Mata appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607