
Seperti yang kita ketahui, Blackpink Jennie cukup dikenali dengan amalan diet avocado. Dipetik dari Cosmopolitan, Jennie mengatakan bahawa walaupun tengah break, dia tetap bersenam dan menjaga apa yang dia makan. Menu pilihannya adalah avocado salad.
“Saya hanya makan bubur bila menjalani diet tanpa garam kerana saya cenderung untuk bengkak di muka ketika makan banyak makanan masin. Setiap hari saya makan avocado salad dengan segelas jus detoks.
Sebelum kita nak mulakan diet avocado, mesti kita nak tahu apa yang berlaku pada badan kita. Apa kebaikan jika kita mulakan program diet avocado selama 30 hari?
Buah pinggang anda berfungsi dengan lebih baik
Avocado kaya dengan potassium, jadi jika anda mempunyai masalah buah pinggang, anda mungkin mahu memasukkan buah ini dalam diet anda. Kajian telah membuktikan bahawa makan avocado secara teratur adalah cara yang sihat untuk meningkatkan fungsi buah pinggang.
Nafas anda menjadi lebih segar
- Foto – Downshiftology
Jika anda mencari penyegar mulut semula jadi, pertimbangkan avocado. Buah ini mempunyai sifat antibakeria yang tinggi, dan makan sebiji sehari boleh membuang bakteria dari mulut anda dan membersihkannya.
Boleh meningkatkan penglihatan anda
Makan avocado bersaiz sederhana setiap hari membawa kepada fungsi mata yang lebih baik. Ini berlaku kerana avocado boleh membantu meningkatkan paras karotenoid dalam badan kita, berfungsi sebagai agen antioksida dan anti-radang.
Menurunkan berat badan dengan lebih mudah
Terbukti bahawa avocado boleh membantu mengurangkan berat badan. Ia meningkatkan rasa kenyang dan mempunyai kesan positif terhadap hormon usus.
Boleh menurunkan tekanan darah
- Foto – The Spruce Eats
Ternyata avocado baik untuk tekanan darah tinggi. Kandungan potassium dan lutein padanya dapat memperbaiki penyakit vaskular dan meningkatkan lipid dalam badan.
Boleh menjadikan kulit anda bersinar
Anda boleh makan atau sapukan terus pada kulit. Buah ini sangat disyorkan untuk kesihatan kulit. Sifat karotenoid padanya membantu dalam perlindungan sinaran ultrungu, yang membawa kepada wajah dan badan yang lebih dan berseri.
Boleh meningkatkan sistem imun
Jika anda kerap diserang selesema, mula amalkan buah ini. Dilaporkan bahawa beberapa komponen avocado boleh menguatkan sistem imun dan menyekat virus dan jangkitan lain.
Tidak kira sama anda memakannya dalam salad, smoothie, dip atau terus dari pokok – tidak dapat dinafikan bahawa avocado bermanfaat untuk badan.
The post Diet Avocado 30 Hari Ikut Cara Blackpink Jennie, Ini Yang Berlaku Pada Badan Kamu appeared first on Wanista.com.