Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Penting! 2 Bahan Wanita Hamil Perlu Elak Guna Dalam Produk Kosmetik

$
0
0

Sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda disahkan hamil, seluruh dunia anda akan berubah. Itu termasuklah barisan produk penjagaan kulit anda juga.

Perubahan kulit ketika hamil paling ketara berlaku kepada ramai orang, ini mungkin kerana hormon. Walaupun sesetengah wanita bertuah mengalami kesempurnaan kulit selama 9 bulan, ada juga yang lain mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kulit atau semakin terusk pada satu ketika. Kulit mula makin kering, tumbuh jerawat dan gelap yang dipanggil melasma.

Jadi, penting untuk wanita hamil menggunakan kosmetik yang betul-betul selamat, bukan sahaja untuk diri sendiri malah tidak menjejaskan kehamilan. Ada bahan yang terkandung dalam produk yang diakui tidak selamat digunakan untuk hamil.

Retinoid/Vitamin A

Foto – Well+Good

Bahan ini berasal dari vitamin A. Produk yang ada isotretinoin (accutane) selalunya digunakan untuk rawat jerawat boleh menyebabkan kecacatan janin. Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sedikit sahaja melalui kulit berbanding dengan produk yang dimakan. Tetapi sebaiknya elakkan kedua-dunya, makan atau sapu.

Salicylic Acid

Salicylic acid adalah bahan biasa untuk merawat jerawat kerana keupayaan anti-radangnya, sama seperti aspirin. Kajian dari Europe PMC menunjukkan bahawa produk yang mempunyai doa salicylic acid yang tinggi seperti produk kulit dan ubat oral harus dielakkan semasa kehamilan.

Foto – Today’s Parent

Walau bagaimanapun, produk dengan dos rendah yang mengandungi salicylic acid dilaporkan selamat, tapi sebaiknya elak melainkan ditulis penggunaannya selamat untuk wanita hamil.

Kesimpulan, elak produk yang boleh membahayakan anda atau bayi semasa hamil. Dapatkan rujukan doktor bila nak guna satu-satu produk.

RUJUKAN

The post Penting! 2 Bahan Wanita Hamil Perlu Elak Guna Dalam Produk Kosmetik appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607