Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14606

Malas Kemas Punya Pasal, Kanak-Kanak Di UK Menang Anugerah “Bilik Paling Bersepah 2021”

$
0
0

Siapa sangka bilik yang bersepah pun ada anugerahnya?

Seorang kanak-kanak iaitu Emily dari Glaslow, United Kingdom telah memenangi anugerah “Bilik Paling Bersepah 2021” kerana memiliki sikap yang malas berkemas dan pembersih.

Foto – The Sun

Emily, 8 tahun, dimasukkan dalam pertandingan tersebut setelah ibu bapanya tidak tahan melihat keadaan biliknya yang bersepah.

Untuk pengetahuan kamu, syarikat Happy Beds telah menganjurkan anugerah ini untuk mencari bilik kanak-kanak bersepah sebagai juara.

Pertandingan ini mendapat sambutan daripada ibu bapa apabila ramai yang menghantar gambar bilik anak mereka yang bersepah. Untuk pemenang, mereka akan diberikan katil baru dari Happy Beds yang berharga RM2254.

Foto – The Sun

Bapa Emily, Steve mendedahkan bilik itu sebagai ‘medan perang’ apabila anaknya hanya menggunakan bilik tersebut sebagai tempat menukar pakaian atau letak barangannya. Atas kemenangan tersebut, Steve berharap agar anaknya berubah dan mengemas bilik dengan bersih.

“Puas kami menyuruh Emily mengemas bilik tetapi dia tidak endahkannya sehingga saya masukkannya dalam pertandingan ini. Saya harap dengan anugerah yang dimenanginya, Emily akan berubah.”

RUJUKAN

The post Malas Kemas Punya Pasal, Kanak-Kanak Di UK Menang Anugerah “Bilik Paling Bersepah 2021” appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14606

Trending Articles