Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14606

Wanita Kongsi Resepi Lepas Berat Turun Makan Sup ‘Kurus’

$
0
0

Psst… Nak tak team Wanista kongsi rahsia turun berat badan dengan cepat dan paling penting kenyang?

Nak turunkan berat badan, tak perlu pun kamu makan jamu atau ambil ubat kurus di luar sana. Cukup makan sup kurus ini setiap hari, confirm badan jadi langsing!

Dikongsi oleh seorang wanita iaitu May Vo Dyakonov di Facebook, suaminya telah makan sup yang disediakan setiap hari. Hasilnya selepas tiga hari, suaminya telah turun berat badan sebanyak 1kg.

Ajaib kan sup kurus ini, jadi tunggu apa lagi jomlah buat sup mengikut resepi May di bawah;

(A) Bahan-Bahan Sup Kurus 

  • Ayam
  • Halia
  • Labu – setengah biji
  • Kentang
  • Serbuk jintan manis
  • Garam
  • Lada hitam
  • Beri goji Cina
  • Perasa
Foto – May Vo Dyakonov (FB)

(B) Bahan-Bahan Tumis 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun bawang
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga

Cara Masak Sup Kurus 

Foto – May Vo Dyakonov (FB)
  • Pertama sekali rebus ayam bersama halia sehingga separuh masak.
  • Pada masa yang sama, tumis bahan (B) dalam kuali sehingga naik bau.
Foto – May Vo Dyakonov (FB)
  • Kemudian, masukkan bahan (A) ke dalam rebusan ayam. Rebus sehingga lembut dan mendidih.
  • Bila sudah lembut dan mendidih, tutup api dan masukkan bahan yang ditumis. Siap untuk dimakan!

Memang mudah sangatlah kalau nak buat sup kurus ini. Bukan sahaja nampak sedap malah menyihatkan.

Selamat mencuba!

The post Wanita Kongsi Resepi Lepas Berat Turun Makan Sup ‘Kurus’ appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14606

Trending Articles