Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Snek Memang Sedap Tapi Kalau Makan Banyak Boleh Naik Berat Badan, Ikut 4 Petua Ini

$
0
0

Sambil tengok TV, kita tak dapat lari daripada menikmati snek ringan. Keropok, kerepek, coklat, biskut, kekacang antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Cuma bila terlalu asyik layan snek, kamu kemungkinan boleh kenaikan berat badan. Kamu salahkan snek padahal kamu makan ikut nafsu.

Berikut beberapa petua untuk menikmati snek dengan bijak.

Peka dengan isyarat badan, seperti lapar, teringin, kenyang dan puas makan

Cuba beri perhatian dan peka dengan isyarat atau pencetus dalaman badan kamu, kerana ianya adalah petunjuk sama ada keinginan untuk makan pada masa itu adalah keperluan fungsi atau emosi.

Foto – Food Navigator

Tanya diri, adakah kamu mengidamkan sesuatu untuk hilangkan rasa lapar, atau kerana kamu rasa tertekan, atau rasa kurang bertenaga dan perlukan snek.

Makan dengan perlahan

Nikmati snek kamu secara perlahan-lahan. Ini kerana amalan makan secara perlahan dapat menghindari daripada jadi pelahap atau terlebih makan. Terbukti makan dengan perlahan mempunyai banyak kebaikan, termasuklah penghadaman yang lebih baik, mendapat lebih kepuasan.

Rangsangan semua deria semasa makan

Nikmati snek dengan menumpukan kesemua deria pancaindera. Bukan hanya deria rasa, malah juga deria hidu, sentuhan, penglihatan, serta nikmati keenakan rasa, aroma, tekstur, bentuk dan warna snek tersebut.

Foto – Food Navigator

Jika kamu melakukan aktiviti lain semasa makan, seperti menggunakan telefon atau menonton TV, ia mungkin akan menyebabkan kamu terlebih makan, atau rasa tidak puas makan.

Rujuk kepada kuantiti atau portion pada bungkusan produk

Imbangkan snek yang dimakan dengan merujuk kepada kuantiti atau portion yang disarankan. Contohnya, sebelum mendapatkan sesuatu snek, jadikannya satu kebiasaan untuk membaca bahan-bahan dan fakta nutrisi pada bungkusan.

Amalan ini akan membantu kamu untuk lebih memahami dan peka dengan snek yang dinikmati. Di samping menjalankan kehidupan yang lebih sihat.

The post Snek Memang Sedap Tapi Kalau Makan Banyak Boleh Naik Berat Badan, Ikut 4 Petua Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607