Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14608

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

$
0
0

Ada bilik bertemakan Barbie di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur?!

Berita baik kepada peminat Barbie, Grand Hyatt Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan jenama anak patung ikonik untuk menawarkan Barbie Ultimate Staycation.

Selain bilik tidur bertemakan Berbie, anda juga boleh menjamu selera di kafe yang juga bertemakan Barbie semasa penginapan anda.

Room & Suite

Anda akan menginap di salah satu daripada 14 bilik bertema meliputi keseluruhan tingkat 33 hotel mewah bertaraf lima bintang itu.

Akses ke tingkat khusus ini adalah untuk tetamu berdaftar sahaja. Para tetamu boleh memilih antara Bilik Barbie seluas 47 meter persegi dan Suite Barbie seluas 105 meter persegi, yang kedua-duanya dihiasi dengan tema tertentu, iaitu Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie Extra.

Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.

Kafe Barbie

Kafe Barbie yang terletak di tingkat dua hotel itu akan menjadi ‘restoran rumah kaca’ yang menjanjikan sarapan pagi, minum petang dan koktel malam.

Foto – Barbiestaycation.com.
Foto – Barbiestaycation.com.

Setiap pakej termasuk sarapan, hadiah kejutan dan sesi Minum Petang Barbie Pink dari jam 12 pm hingga 2.30 pm keesokan harinya.

Harga bermula pada RM2,320 untuk dua orang dewasa di Bilik Barbie untuk satu malam dan RM4,408 untuk dua orang dewasa dalam Suite Barbie untuk satu malam.

Tersedia bermula 18 Disember 2021, kalau anda berminat dan nak buat tempahan, klik link ini.

The post Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14608