Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

“Cantiknya Time Muda!”- Fesyen Michiko Soda, Bekas Maharani Jepun Tarik Perhatian!

$
0
0

Fesyen tahun 60-an telah menunjukkan sisi Michiko Soda sebagai seorang puteri mahkota dan Maharani Jepun yang anggun dan cantik.

Ketika itu trademark Michiko adalah headwrap dan fesyen berkelas tinggi yang dipengaruhi oleh budaya Barat.

Jadi jom tengok fesyen Michiko ketika muda yang menarik perhatian orang ramai di bawah!

Pakaian Kasual Perlu Ada 

Bukan setakat pakaian rasmi sahaja, Michiko juga akan mengenakan pakaian kasual untuk hari tertentu.

Foto – Pinterest

Selain daripada gaun, bekas Maharani ini juga gemar untuk memakai blaus tanpa lengan yang dipadankan dengan pencil skirt.

Corak Polka Dot Pilihan Michiko Soda

Sangat sukakan pakaian yang bercorak polka dot, Michiko akan cuba untuk mix and match setiap pakaiannya supaya dia tampil berbeza dan baru untuk setiap situasi.

Foto – Pinterest

Aksesori Bulu Haiwan Tidak Dilupakan 

Yang menarik perhatian team Wanista adalah aksesori bulu haiwan yang dimiliki oleh Michiko.

Foto – Pinterest

Nampak cantik, ditambah pula dengan aksesori lain memang lengkap gayanya sebagai seorang maharani Jepun yang elegan.

Gemar Aksesori Yang Bold & Minimalist

Gemar akan gaya yang ringkas serta praktikal, Michiko akan pastikan setiap apa yang diapakainya akan menarik perhatian orang ramai.

Foto – Pinterest

Selain pakaiannya, Michiko juga dikatakan pandai untuk mengenakan aksesori berwarna bold untuk tonjolkannya.

Pemilihan Kot Yang Betul Tampilkan Sisi Feminin 

Walaupun nampak ringkas, tetapi fesyen Michiko sangat high-class dan tampilkan sisi femininnya menerusi cloak-style coat ini.

Foto – Pinterest

Sangat vintaj dan cantik! Dalam banyak-banyak fesyen di atas, mana satu yang menarik perhatian kamu?

The post “Cantiknya Time Muda!”- Fesyen Michiko Soda, Bekas Maharani Jepun Tarik Perhatian! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607