Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Baru Tahu Beg Tangan Ikonik ‘Lady Dior’ Dinamakan Sempena Puteri Diana

$
0
0

Tahukah kamu nama beg tangan tersohor kelahiran Christian Dior ‘Lady Dior’ dinamakan sempena nama Puteria Diana.

Puteri Diana adalah individu pertama yang menerimanya. Pada tahun 1995, beg Lady Dior dilahirkan, dan sejarah melakarkan nama Puteri Diana pada beg tangan ikonik itu.

Tapi sebelum itu semua, ada cerita di sebaliknya ramai tak tahu.

Beg Tangan Lady Dior Dipanggil ‘Chouchou’

Semasa lawatan Puteri Diana ke Paris pada tahun 1995, beliau dihadiahkan dengan beg Dior oleh bekas wanita pertama Perancis ketika itu, Bernadette Chirac, semasa pembukaan pameran Cézanne.

Foto – Pinterest

Pada masa itu, beg ikonik kulit hitam bentuknya persis kotak disebut ‘Chouchou’, dan siapa sangka menjadi kemenaran Diana. Beliau bahkan membeli beberapa lagi koleksi yang sama dalam pelbagai saiz dan variasi semasa kembalinya ke London.

Foto – Pinterest

Sejak itu, beg menjadi pendampingnya bahkan signature untuk setiap gaya ketika memenuhi pelbagai acara sosialnya.

Tahun 1996 Namanya Tertulis Pada Lady Dior

Sejak dilihat bersama Puteri Diana, semakin popular beg ikonik itu. Dan tidak lama kemudian, Chouchou menjadi simbol keanggunan dan kehalusan identiti untuk Puteri Wales.

Foto – Pinterest

Pada tahun 1996, sebagai tanda hormat, rumah Dior memutuskan untuk menamakan beg tersebut sebagai ‘Lady Dior’, sempena nama gelaran Puteri Diana iaitu Lady Diana Spencer.

Foto – Pinterest

Sejak direka, Lady Dior kekal sebagai beg ikonik, disusun semula menjadi pelbagai warna, saiz, dan fabrik tetapi kekal mengikuti siluet klasiknya.

Foto – Dior

Ada pembaca Wanista yang miliki sebuah beg tangan ikonik Lady Dior?

The post Baru Tahu Beg Tangan Ikonik ‘Lady Dior’ Dinamakan Sempena Puteri Diana appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607