Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

“Padan Muka, Karma Untuk Bebo!”- Netizen Berang Kitab Bible Dihina, Kareena Kapoor Sah Positif COVID-19

$
0
0

Baru-baru ini Kareena Kapoor dan rakannya, Amrita Arora telah disahkan positif COVID-19 selepas berjumpa di Mumbai.

Berkongsi gambar di Instagram, Kareena dilihat terbaring lesu di atas katil hospital dan memberitahu dirinya telah mengikuti protokal kesihatan dengan mengasingkan dirinya.

Netizen yang melihat keadaannya itu mendakwa ia adalah karma. Ini kerana pelakon itu dilaporkan pernah menghina Kitab Bible sebelum ini.

Ahli Keluarga Kareena Kapoor Turut Positif COVID-19 

Menurut Intip Seleb, Kareena atau mesra dipanggil Bebo dan rakannya, Amrita telah dijangkiti virus tersebut ketika makan bersama di Mumbai.

Foto – Pinterest

“Saya disahkan positif COVID-19. Saya segera mengasingkan diri dan ikuti semua protokol kesihatan. Saya minta sesiapa sahaja yang saya hubungi, sila jalankan ujian. Keluarga dan kakitangan saya sudah diberikan suntikan dua kali ganda. Ketika ini mereka tidak menunjukkan sebarang gejala”, tulisnya di Instagram.

Malah Kareena juga dilaporkan telah menularkan virus COVID-19 pada kedua anaknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jehangir Ali Khan.

Foto – Pinterest

Tetapi simptom yang dialami oleh keluarganya tidak teruk seperti Kareena. Malah kini mereka hanya menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

Netizen Dakwa Karma Kerana Hina Kitab Bible 

Disebabkan oleh berita pelakon ini disahkan positif COVID-19, netizen mendakwa ianya adalah karma kerana menghina Kitab Bible.

Kareena Kapoor telah dilaporkan pada polis oleh penganut agama Kristian kerana mengeluarkan buku yang bertajuk ‘Bible Pregnancy’.

Foto – The Indian Express

Malah pengerusi Alpha Omega Christian, Mahasangh Ashish Shinde mendakwa tajuk buku Kareena yang mengandungi perkataan ‘Bible’ adalah satu bentuk penghinaan.

Kareena yang menolak dakwaan tersebut mengatakan buku tersebut tidak menghina agamanya. Malah tajuk tersebut digunakan untuk mengumumkan kelahiran tentang anaknya, Taimur Ali Khan.

Apa-apa pun Wanista berharap Kareena Kapoor dan seluruh keluarga untuk sembuh dengan segera daripada COVID-19.

The post “Padan Muka, Karma Untuk Bebo!”- Netizen Berang Kitab Bible Dihina, Kareena Kapoor Sah Positif COVID-19 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Trending Articles