
Sekarang ramai berebut nak mencuba trend yang viral di TikTok iaitu lipstik berwarna hitam oleh jenama Clinique.
Bukan apa lipstik hitam ini dikatakan memberi soft-shine finish yang nampak elok dan cantik pada setiap orang yang memakainya.
Tengok Hitam Tapi Bila Pakai Lain Pula Jadinya
Menurut makeup influencer, Mikayla Nogueira mendedahkan lipstik Clinique ini telah wujud lebih dari sedekad iaitu sejak tahun 90-an lagi.
Kongsinya lagi lipstik hitam ini telah menjadi ‘pujaan’ setiap wanita pada ketika itu.
“Lipstik Clinique Black Honey ini adalah lipstik yang berpigmen dan lutsinar. Bila pakai lipstik ini, ia akan mengubah dan meningkatkan lagi warna semula jadi bibir kamu.”
Dalam videonya itu, Mikayla telah membersihkan bibirnya terlebih dahulu sebelum menggunakan lipstik tersebut. Selepas beberapa kali sapuan, hasilnya sangat menakjubkan! Ini kerana bibirnya kelihatan sangat plump dan berubah warna seolah-olah dia mengenakan lipstik yang berwarna terang.
Dedahnya lipstik ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia akan menaikkan seri wajah secara semula jadi.
Manakala duta global Clinique dan pelakon, Emilia Clarke turut menyertai trend ini di mana dia juga mencuba memakai lipstik hitam ini.
“Menakutkan kerana warnanya sangat hitam dan boleh membuatkan bibir saya menjadi hitam. Tapi sebenarnya tidak! Nampak macam saya tak pakai apa-apa, tapi sebenarnya saya pakai lipstik ini.”
Bila pakai lipstik ini confirm kamu tak akan pandang lipstik yang lain, percayalah! Jadi cepat-cepat dapatkan sebatang okay?
The post Nak Tahu Kenapa Ramai Jadi ‘Syok Gila’ Pakai Lipstik Hitam Clinique Yang Viral, Ini Sebabnya… appeared first on Wanista.com.