
Nampaknya netizen ‘memaksa’ bintang Squid Game Jung Ho Yeon untuk makan.
Hal ini selepas, Jung Ho Yeon memuat naik beberapa gambar dirinya di Instagram di mana komen daripada netizen dan rakan-rakannya meluahkan kebimbangan mengenai berat badannya.
Dalam gambar tertentu yang diambil di ”LACMA art + film gala’, Jung Ho Yeon mempamerkan keseluruhan lengan dan badannya yang kurus.
Dipetik dari allkpop, Jung Ho Yeon mendedahkan bahawa dia ‘tidak sempat makan pun’ semasa berada di luar negara untuk kerja.
“Berat badan saya turun terlalu banyak. Semua pakaian yang sesuai untuk saya semasa saya mula-mula datang ke Amerika sekarang terlalu longgar.”
Dedahnya lagi, beratnya 49kg (dengan ketinggian 176cm) telah menurun dengan drastik. Dia telah kehilangan 4kg sejurus selepas tayangan Squid Game kerana jadualnya yang tidak berhenti. Telah disahkan bahawa jadualnya sudah penuh sehingga kira-kira Februari 2022.
“Tolong makan sikit…”
“Tolong bagi dia makan.”
“Saya suka slim tapi kurus ini nampak tak sihat.”
‘Terlalu kurus… saya rasa sangat teruk.”
The post “Tolong Makan” – Netizen Suruh Jung Ho Yeon Makan Sebab Badan Kurus Sampai ‘Tulang’ appeared first on Wanista.com.