
Tak dinafikan ramai yang terkejut dan tidak bersedia menghadapi banjir baru-baru ini terutamanya mereka di Selangor dan Kuala Lumpur.
Melihatkan ada sesetengah tempat mula surut, seorang lelaki di Facebook telah berkongsi tips dan cara untuk mereka yang menghadapi banjir.
Dikenali sebagai Radzi Ghani, dia mendedahkan cara ini sangat berkesan memandangkan dia sering menghadapi banjir sejak 10 tahun yang lalu.
Untuk ikuti cara dan tips oleh Radzi, kamu akan memerlukan beberapa bahan seperti:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Plastik – beli plastik biru dari kedai perkakasan kerana ia tebal dan murah.
- Bata – ukur ketinggian dan beli ikut kemungkinan paras air ketika banjir.
- Plastisin – untuk tutup ruang di antara pintu, dinding dan lantai.
- Pita pendawaian
- Pam air – sekiranya ‘benteng’ rosak dan air mula memasuki rumah.
Cara-cara bina ‘benteng’:
- Ambil plastik dan lekat ke dinding dengan pita pendawaian dan bina ‘benteng’ menggunakan bata.
- Pada ketinggian yang sesuai, lipat plastik di bahagian atas dan letak dengan pita dengan kemas.
- Kemudian ambil plastisin dan lekat ke dalam ruang atau di antara celah pintu, dinding dan lantai.
- Akhir sekali ambil pita dan tutup dengan kemas.
[Penting: Pastikan kamu penuhkan atau isi ruang-ruang yang berkemungkinan air akan masuk.]
Berikut adalah gambar sebelum dan selepas banjir yang dikongsi oleh Radzi.
Untuk elakkan kerosakan yang teruk pada rumah dan barangan ketika musim banjir, bolehlah kamu cuba tips yang dikongsi oleh Radzi. Selamat beramal!
The post Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah appeared first on Wanista.com.