
Sumpah tak senang duduk bila terlalu banyak rambut yang gugur. Lagi sedih bila ada yang tegur kepala kamu mula nak botak. Hmm…
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kepala mula botak dan antaranya adalah faktor pemakanan serta penggunaan produk rambut yang tidak sesuai.
Walaupun ada banyak penyelesaiannya, tetapi Team Wanista nak kongsi satu rahsia untuk elak kepala botak iaitu dengan makan kimchi.
Untuk info kamu saintis sangat mengesyorkan orang yang berpotensi dan sudah botak untuk makan kimchi. Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian di bawah;
Kimchi Bagus Untuk Kesihatan & Rawat Botak
Dipetik daripada Daily Mail, kimchi sangat popular dalam dunia kesihatan kerana ia mengandungi bahan probiotik dan bagus untuk pencernaan.
Menerusi penyelidikan yang dijalankan, Korea Selatan telah menjadikan kimchi sebagai satu penyelesaian yang berkesan untuk merawat masalah botak.
Minuman yang diperbuat daripada kimchi boleh bantu melebatkan rambut yang sedia ada dan menggalakan pertumbuhan rambut baru dalam masa beberapa minggu.
Saintis Kata Wajib Minum Kimchi 2 Kali Sehari!
Manakala kajian yang dilakukan oleh saintis Universiti Dankook, Seoul mengatakan 23 responden yang dikajinya mengalami masalah kehilangan rambut pada peringkat awal. Selebihnya mengalami masalah hampir botak.
Dalam kajian tersebut, setiap responden diminta untuk minum kimchi sebelum bersarapan dan sebelum tidur. Selepas sebulan kajian, rata-rata responden mula ditumbuhi rambut dan tidak lagi botak.
“Purata bilangan rambut mereka meningkat daripada kira-kira 85 helai untuk setiap 1 sentimeter persegi kepada 90 helai dan bertambah kepada 92 helai selepas 4 bulan minum kimchi.”
Kalau agak-agak kepala nak botak, cepat-cepat minum kimchi okay? Selamat mencuba!
The post Saintis Kata Kalau Kepala Makin Botak Kena Makan Kimchi Banyak-Banyak appeared first on Wanista.com.