Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

“Tak Krismaslah Macam Ni”– 10 Filem Krismas Best Wajib Tonton Seisi Keluarga

$
0
0

“Dari tadi asyik scroll remote, tak tahu nak tengok cerita apa.”

Jom kita layan filem krismas memandangkan mood krismas dah semakin dekat. Kejap… siapa dekat sini, bila nak krismas mesti kena tengok filem-filem krismas? Kita geng!

Entry kali ini, Wanista senaraikan beberapa filem krismas best boleh anda semua tonton seisi keluarga.

Home Alone

Pilihan semua orang! Sama ada Home Alone 1 atau 2, kedua-duanya menceritakan kisah seorang budak lelaki Kevin yang tertinggal setiap kali keluarganya pergi bercuti. Bagaimana dia survive untuk menumpaskan dua orang jahat.

Happiest Season

Filem ini menceritakan tentang konflik pasangan lesbian yang tidak memberitahu status seksualiti mereka. Abby dan Harper akan pulang ke rumah keluarga Harper untuk bercuti, dan Abby merancang untuk melamar. sehingga dia menyedari bahawa Harper tidak memberitahu keluarganya lagi.

Love Actually

Filem rom-com yang mengikuti kisah cinta beberapa pasangan sepanjang musim cuti. Setiap babak filem ini sangat ikonik dan klasik krismas.

The Polar Express

Filem ini menampilkan Tom Hanks dalam pengembaraan animasi berdasarkan buku kanak-kanak oleh Chris Van Allsburg. Ceritanya tentang seorang budak kecil menaiki kereta api ajaib ke Kutub Utara dan menemui pelbagai perkara menarik sepanjang perjalanan.

The Princess Switch

Vanessa Hudgens mengembara ke kerajaan Belgravia untuk menyertai pertandingan membuat kek, sehingga dia bertemu dengan tunang Putera Belgravia, yang kelihatan seperti…

The Family Stone

Seorang ahli perniagaan wanita dari New York melawat rumah keluarga teman lelakinya untuk krismas. Di situ dia mendapati dirinya tidak sesuai dengan keluarga Stone yang ruih rendah.

Christmas With the Kranks

Filem komedi ini mengikuti kisah pasangan suami isteri yang telah menimbulkan kemarahan jiran dengan membuat rancangan untuk skip krismas demi pelayaran Caribbean.

Four Christmases

Dalam kisah krismas moden ini, Reese Witherspoon dan Vince Vaughn sebagai pasangan terpaksa melawat keluarga mereka kerana rancangan percutian tropika batal.

The Holiday

Filem rom-com tentang sepasang wanita bertukar rumah yang jatuh cinta di luar negara. Lakonan Kate Winslet dan Cameron Diaz benar-benar berkesan dan membuatkan kita jatuh cinta.

Last Christmas

Berkisarkan gadis yang hilang pedoman dalam meneruskan kehidupan, asyik gagal, tidak punya hala turu tetapi berubah menjadi seorang yang baik apabila bertemu dengan lelaki misteri yang cukup mencairkan. Tapi rupanya lelaki tersebut…

Selamat menonton!

The post “Tak Krismaslah Macam Ni” – 10 Filem Krismas Best Wajib Tonton Seisi Keluarga appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502