
Rasanya macam sudah lama kita tak mendengar khabar dari pelakon Puteri Balqis, betul tak?
Baru-baru ini tular mengenainya apabila Balqis telah berkongsi gambarnya yang memakai pakaian yang agak seksi.
Antara pakaian yang dikongsinya di Instagram adalah memakai jacket hitam yang dipadankan dengan t-shirt yang bercorak, skirt hitam pendek dan juga fishnet socks yang bercorak tengkorak.
Manakala netizen juga terkejut melihat pakaian yang dikongsinya di Instagram seperti memakai gaun putih pendek dengan stokin paras lutut serta memakai jacket bercorak bersama seluar pendek hitam.
Pada masa yang sama, Balqis juga mengenakan skirt pendek bersama sweatshirt hitam dan stokin paras lutut.
Netizen yang melihat gambar tersebut mendakwa Balqis sudah berubah dan seperti mahu memberontak. Malah penampilannya itu tidak sesuai dan sangat berbeza bagi seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun.
Dipetik daripada Murai, Puteri Balqis dikhabarkan menghidap masalah kesihatan iaitu kanser selepas menghilangkan diri dari industri hiburan secara tiba-tiba.
The post Puteri Balqis Nampak Lain Sangat, Netizen Dakwa Sudah Berubah & Mahu Memberontak? appeared first on Wanista.com.