Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14487

“Normal Ke Tak?”- Ketahui Maksud Di Sebalik 5 Jenis Keputihan Di Bawah

$
0
0

Ada keputihan di spenda atau pantyliner? Normal ke?

Sebenarnya normal kalau kamu mempunyai keputihan. Cecair atau lendiran ini merupakan salah satu cara untuk badan ‘bersih’ dan ‘jaga’ faraj secara semula jadi.

Walaupun normal, tapi ada keadaan di mana keputihan boleh jadi berbahaya. Dikongsi oleh Dr. Raihana Ismail, perhatikan lima warna keputihan di bawah dan ketahui apakah maksudnya;

@drraihanaismail

5jenis cecair faraj dan jenis keputihan yang wajib anda kenali supaya lebih mudah rancang kehamilan . #efferty #fyp #foryourpage #pejuanggarisdua

♬ original sound – Dr Raihana Ismail – Dr Raihana Ismail

#1 Kekuningan 

Keputihan yang berwarna kekuningan boleh menyebabkan jangkitan pada faraj. Jenis keputihan ini, ia bertekstur tebal dan berbau busuk. Manakala puncanya pula boleh disebabkan oleh jangkitan daripada pasangan atau kamu sendiri.

Foto – @drraihanaismail (TikTok)

Cara rawatan: Dapatkan antibiotik daripada doktor untuk elak daripada ganggu waktu kesuburan.

#2 Kelabu atau warna keruh 

Jika kamu ada keputihan berwarna ini ketahuilah ia berpunca daripada vaginosis bacteria. Ia terjadi kerana menggunakan feminine wash atau ubat herba di faraj.

Foto – @drraihanaismail (TikTok)

Cara rawatan: Kurangkan atau elak daripada menggunakan feminine wash, aktiviti meruang atau bertangas.

#3 Putih pekat 

Bertekstur seperti keju cottage, keputihan ini tidak berbahaya dan ianya normal.

Foto – @drraihanaismail (TikTok)

Penting: Kalau rasa gatal-gatal di sekitar faraj, ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat. Jadi segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

#4 Merah 

Foto – @drraihanaismail (TikTok)

Bagi keputihan yang keluar warna merah, ia bermaksud kamu baru sahaja lakukan hubungan seksual dengan pasangan. Cecair atau lendiran warna merah yang keluar boleh terjadi disebabkan oleh luka dalam faraj akibat trauma atau simptom ovulasi.

#5 Putih jernih 

Foto – @drraihanaismail (TikTok)

Untuk keputihan yang bertekstur putih jernih dan berlendir seperti putih telur, ia adalah cecair kesuburan. Kebiasaannya cecair ini keluar ketika kamu mengalami keransangan atau tengah alami waktu subur yang tinggi.

Jadi itulah lima jenis keputihan yang setiap wanita perlu beri perhatian. Ingat kalau berbahaya, segera dapatkan rawatan daripada doktor sebelum melarat.

The post “Normal Ke Tak?”- Ketahui Maksud Di Sebalik 5 Jenis Keputihan Di Bawah appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14487