
Neoumu mashita!
Selain daripada pelakon, ramai yang akan menumpukan mata pada makanan ketika menonton K-Drama. Bukan apa, semua yang ditayangkan nampak sangat sedap!
Kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu sembilan jenis makanan popular dalam K-Drama yang boleh buatkan kamu terliur. Gaja!
Ppopgi
Ppopgi atau gula-gula dalgona ini menjadi lebh popular setelah muncul dalam siri popular iaitu Squid Game. Ppopgi merupakan gula-gula khas yang mempunyai bentuk tertentu di tengah-tengahnya.
Gimbap
Macam sushi tapi bukan! Gimbap adalah nasi yang diisi dengan daging dan sayur. Kemudian dibalut dengan rumpai laut. Kalau adegan dating dalam K-Drama, mesti makanan ini wajib ada.
Ramdon
Selepas filem Parasite, ramdon telah menjadi tular di seluruh negara. Menggabungkan dua jenis mi iaitu ramen dan udon, makanan ini juga menggunakan potongan daging untuk melengkapkan hidangannya. Sedap sangat!
Bibimbap
Berapa kali tengok dan makan pun, tetap terliur juga. Bibimbap adalah nasi yang dicampurkan dengan daging, telur, pelbagai jenis sayur dan gochujang. Cara nak makannya kamu kena gaul semua bahan agar sos dibahagikan sama rata.
Tteokbokki
Memang sedap kalau makan tteokbokki time hujan, baru badan rasa panas disebabkan oleh rasa pedasnya. Tteokbokki ini adalah kek beras yang dimasak dengan sos gochujang dan eomuk.
Jajangmyeon
Siapa yang pernah cuba jajangmyeon? Jajangmyeon atau mi hitam ini diperbuatkan dari sos kacang hitam yang boleh buatkan sesiapa yang makannya akan menjadi ketagih.
Bungeoppang
Memang sedap sangat tengok Song Joong-Ki makan bungeoppang dalam drama Vicenzo. Untuk pengetahuan kamu, bugeoppang adalah wafel berbentuk ikan yang mempunyai inti kastard susu atau kacang merah.
Sundubu Jjigae
Siapa yang tengok Itaewon Class mesti familiar dengan makanan ini. Sundubu jjigae adalah sup pedas yang dicampurkan dengan tauhu, kerang, cendawan, telur dan sayur-sayuran.
Garlic Cheese Bread
Popular dalam banyak K-Drama, roti ini mengandungi bawang putih, krim keju dan minyak bawang. Memang sedap kalau makan panas-panas!
Ada yang terliur ke? Kalau perut dah berkeroncong selepas lihat makanan di atas, cepat-cepat cari kedai makanan Korea okay!
The post Kecur Air Liur! 9 Makanan Ini Cukup Popular Dalam K-Drama appeared first on Wanista.com.