
Psst… Sudah dengar tentang teknik ‘Freezing Beauty Blender‘?
Kalau kamu nak tahu teknik ini sudah pun tular di TikTok. Malah sudah ramai orang yang mencubanya kerana ia berikan hasil yang menakjubkan pada mekap kamu!
Jom baca perkongsian di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang teknik ini.
Basuh, Beku Dan Guna!
Menerusi video TikTok @gwmakeup, teknik ‘Freezing Beauty Blender‘ ini sangat berkesan bagi mereka yang mahu dapatkan sapuan foundation yang sempurna di wajah.
@gwmakeup For a smooth & flawless finish try this!
#viral #makeuphack #beautyblender #foundationhack
Yang paling best teknik ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah liang pori terbuka dan parut. Ini kerana teknik tersebut dapat ‘menutupnya’ seolah-olah tiada sebarang cela di wajah.
Untuk mengikuti teknik ‘Freezing Beauty Blender‘ ini, kamu perlu ikuti beberapa langkah berikut;
@iki.x Makeup hack!!!!#fypシ #hack #makeup #viral #foryou #4u #hacks
- Langkah 1: Basahkan beauty blender di bawah air yang mengalir dan perah lebihan air daripadanya.
- Langkah 2: Bekukan beauty blender di peti sejuk selama sejam.
- Langkah 3: Sapukan foundation di wajah.
- Langkah 4: Dab beauty blender di wajah dengan rata dan siap!
Menarik kan? Kalau ada yang sudah mencuba trik ini, jangan lupa kongsikan dengan Wanista okay.
The post Seriuslah?! Orang Kata Teknik ‘Freezing Beauty Blender’ Buat Mekap Jadi Perfect appeared first on Wanista.com.