Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Demi Kesihatan Mental, Jom Atasi Masalah Burnout Dengan 5 Cara Ini!

$
0
0

Bagi yang tak tahu, burnout adaah satu situasi di mana emosi, fizikal dan mental menjadi letih disebabkan oleh tekanan yang berlebihan.

Bila alami situasi ini, seorang individu boleh menjadi letih sehingga menganggu aktiviti hariannya. Jadi macam mana nak atasi masalah burnout ini?

Wanista kongsikan lima cara untuk mereka yang mahu mengatasi masalah burnout yang dialami.

Sebelum Itu, Kenali Dulu Ciri-Ciri Burnout 

Burnout ini boleh terjadi apabila seorang individu mengalami beberapa tandanya, tak kiralah secara mental mahupun fizikal seperti:

Foto – Pinterest
  • Sering berasa letih dan penat walaupun mendapat rehat yang cukup.
  • Tidak hiraukan apa yang dicakap atau tingkah laku yang boleh mengguris hati orang lain.
  • Sentiasa berasa gagal dalam hidup dan tidak pernah lakukan perkara yang bermanfaat.
  • Sering berasa mudah hilang fokus, fikiran melayang dan kerja yang dilakukan asyik tertangguh tanpa sebab.
Foto – Pinterest
  • Kerap berasa pening kepala, tidak berselera, selera makan berubah, muntah dan loya.
  • Mudah menjadi marah atau jengkel dengan mudah.
  • Tidak produktif di tempat kerja.
  • Asyik fikir untuk mengelak daripada berkumpul atau berjumpa dengan orang lain.

5 Cara Atasi Masalah Burnout 

Walaupun memakan masa, tetapi kamu boleh cuba atasi masalah burnout dengan lima cara berikut;

#1 Senaraikan masalah yang dihadapi 

Pertama sekali bila kamu alami burnout adalah senaraikan masalah yang kamu hadapi. Bila kamu faham apakah burnout, mudahlah kamu untuk mencari penyelesaian bagi masalah kamu.

Foto – Pinterest

Apa yang kamu boleh lakukan adalah, ambil sebatang pensel dan sehelai kertas. Tulis segala masalah yang kamu hadapi. Tujuannya adalah untuk mudahkan kamu faham apa masalah yang ada dan elak daripada serangan panik.

#2 Berinteraksi dengan orang lain 

Bila badan dan mental rasa letih, memang kamu tak akan rasa nak berinteraksi dengan orang lain. Tapi Wanista syorkan kamu untuk kekal berinteraksi dengan sesiapa sahaja. Tak kiralah bercakap tentang hari kamu atau apa-apa sekalipun.

Foto – Pinterest

Dengan cara ini, ia akan menjadi terapi semula jadi untuk kamu menangani tekanan yang dihadapi.

#3 Makan makanan yang berkhasiat 

Cuba elakkan daripada makan makanan yang tinggi dengan kandungan gula. Ini kerana ia boleh menurunkan tahap tenaga dan menggangu mood.

Foto – Pinterest

Nak lebih baik, cuba makan makanan yang mengandungi omega-3 seperti salmon, alpukat, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.

[Penting: Jangan kerap mengambil kafein dan makanan yang mengandungi lemak trans.]

#4 Dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti 

Rehat, ramai yang fikir tidur dan tak buat apa-apa. Betul tapi rehat di sini adalah kamu perlu nikmati masa rehat dan bukannya berehat kerana kamu disuruh untuk berehat.

Foto – Pinterest

Semasa rehat kamu boleh mendengar muzik, baca buku kegemaran, berjalan-jalan atau tidur. Kalau nak tidur, pastikan dapatkan tidur yang mencukupi okay.

#5 Cuba seimbangkan masa antara kerja dan me-time 

Ramai yang akan cuba fokuskan pada kerja berbanding dengan masa untuk diri sendiri. Salah sebenarnya kerana kamu perlu kekalkan keseimbangan dalam kehidupan.

Foto – Pinterest

Tetapkan masa bekerja dan selepas itu lakukan apa sahaja yang kamu suka sama ada berjalan-jalan, makan atau bertemu dengan rakan sebagai ‘hadiah’ untuk diri kamu.

Jadi itulah lima cara untuk atasi masalah burnout. Ingat, segera atasinya jangan pula sampai melarat okay?

 

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Demi Kesihatan Mental, Jom Atasi Masalah Burnout Dengan 5 Cara Ini! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506