Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Hebat Penyanyi Indonesia Lyodra Ginting, Jadi Wanita Ke-8 Tercantik Di Dunia Versi TC Candler

$
0
0

TC Candler mengeluarkan senarai tahunan ‘The 100 Most Beautiful Faces 2021’ paling dinanti-nantikan netizen seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, TC Candler merupakan sebuah laman web pengkritik filem, telah menganjurkan senarai tahunan individu dengan rupa paras menarik dunia 1990.

Tahniah buat Blackpink Lisa kerana dipilih menjadi wanita tercantik di dunia, mengalahkan Gal Gadot dan Twice Tzuyu. Antara top 10, penyanyi Indonesia Lyodra Ginting menjadi perhatian berada di tempat ke-8, satu-satunya wakil Asia Tenggara yang menduduki senarai 10 ke atas.

Dipetik dari Wolipop, bagi Lyodra, pencapaian ini berbeza daripada biasa, tetapi dia tetap menghargainya.

“Agak-agak macam tu, ya, tapi saya tetap bersyukur dengan berita gembira itu,” tambahnya.

Jom kita kenali penyanyi cantik Lyodra Ginting

Merupakan generasi Z

Lyodra dilahirkan di Medan, Sumatera Utara pada 21 Jun 2003. Sekarang dia baru 18 tahun, mudakan.

Pemenang Indonesia Idol

Lyodra mula dikenali ramai apabila bertanding di Indonesian Idol musim ke-10 pada tahun 2020. Mampu menakluki pelbagai genre muzik seperti Pop, Klasik, Rock, R&B, penyanyi ini akhirnya muncul sebagai juara.

Wajah terpampang di Billboard Times Square, New York City

Debut pada 16 Julai 2021 dengan single ‘Pesan Terakhir’. Pada September 2021, lagu itu telah menarik 20 juta pendengar di Spotify. Wajahnya turut terpampang di billboard Spotify di Times Square, New York City, Amerika Syarikat.

Tercalon di MTV EMA 2021

Bukan biasa-biasa, Lyodra turut tercalon untuk MTV Europe Music Awards (EMA) 2021 dalam kategori Best Southeast Asia Act.

Pemenang anugerah MAMA 2021

Lyodra juga berjaya membawa pulang trofi Best New Asian Artis di Anugerah MAMA 2021.

Walaupun pendatang baru, tapi kejayaan Lyodra dalam bidang muzik hingga ke peringkat antarabangsa sangat luar biasa.

The post Hebat Penyanyi Indonesia Lyodra Ginting, Jadi Wanita Ke-8 Tercantik Di Dunia Versi TC Candler appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506