Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14583

Diskaun 20% Sempena Pra-Pelancaran, Ini Paling Best Di Taman Tema Genting SkyWorlds!

$
0
0

Berkeluasan 26 ekar di ketinggian 6000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting Skyworlds telah dibuka pada 8 Februari 2022.

Menerusi pembukaan pra-pelancaran tersebut, pengunjung boleh mengembara ke 9 ‘dunia’ berbeza. Ianya diinspirasikan oleh filem dan pengambaraan.

Bagi yang mahu mengunjungi ke taman tema ini, DIVA syorkan anda untuk menikmati permainan dan tarikan yang paling best seperti;

Alami Pengembaraan Ke 9 Dunia Yang Unik 

  • Studio Plaza – berinspiraskan era kegemilangan pawagam yang menampilkan unsur kehebatan dunia perfileman.
  • Eagle Mountain – tarikan utama adalah Mad Ramp Peak iaitu Perlumbaan Throttle. Pengunjung akan menunggang motosikal coaster dwi-kuasa pertama di dunia sambil mengharungi puncak dan lurah gunung.
Foto – Arkib DIVA
  • Central Park – antara tarikan yang perlu pengunjung cuba adalah Night at the Museum: Midnight Mayhem, ESD Global Defender dan Independence Day: Defiance. 
  • Liberty Lane – tarikan yang perlu dicuba adalah Invasion of the Planet of the Apes yang direka eksklusif untuk membawa pengunjung melalui perjalanan 3D.
Foto – Arkib DIVA
  • Robots Rivet Town – sertai pencipta dalam Bigweld’s Zeppelins untuk saksikan pemandangan bandar yang cantik dan naiki unicoaster Rivet Town Roller yang berpusing serta mencabar!
  • Rio – nikmati cawan berputar di Rio Carnaval Chaos! dan pemandangan Rio di ketinggian 65 kaki di Samba Gliders.
Foto – Arkib DIVA
  • Ice Age – pengembaraan yang lebih mencabar di Ice Age: Expedition Thin Ice, Acorn Adventure, Sid’s Rock ‘N’ Slide dan Mammoth Fun Zone.  
  • Epic – menaiki bot Epic Voyage to Moonhaven untuk jelajah kawasan ajaib dan Epic Hummingbird Flyers yang memerlukan pengunjung berlindung daripada serangan Boggans.
Foto – Arkib DIVA
  • Andromeda Base – ikuti cabaran Terraform Tower Challenge, latih tubi Boot Camp Training dan Alpha Fighter Pilots yang membuatkan pengungjung rasai simulasi 360° dalam peperangan angkasa.
Foto – Arkib DIVA

Untuk pengunjung mahu menikmati makanan, anda boleh nikmati beberapa stesen makanan yang menawarkan makanan Asia dan Barat.

Diskaun 20% Untuk Tiket Sempena Pra-Pelancaran 

Sempena pra-pelancaran, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20% ke atas harga tiket penuh bagi kunjungan bermula 8 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022.

Ralat: Semasa tempoh pembukaan pra-pelancaran, akses Virtual Queue (VQ) dan Photo+ percuma akan disediakan di mana anda boleh muat turun dan berkongsi kandungan foto digital tanpa had.

Jenis Ticket Harga Tiket Penuh (RM) Harga tiket selepas diskaun 20% sempena pembukaan pra-pelancaran (RM)
Standard (Ketinggian melebihi 110 cm) 189 151
Kanak-kanak (90cm ke 110cm) /
Warga emas berumur 60 tahun ke atas / OKU
161 128
Kanak-kanak (Ketinggian di bawah 90cm) PERCUMA PERCUMA

Untuk pembelian tiket, anda boleh mendapatkannya di laman Genting Skyworlds dan aplikasi Genting SkyWorlds bermula jam 10 pagi.

The post Diskaun 20% Sempena Pra-Pelancaran, Ini Paling Best Di Taman Tema Genting SkyWorlds! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14583

Trending Articles