Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14591

Remsima™, Antibodi Monoklonal Biosimilar Kini Terdapat di Malaysia

$
0
0

Pakar-pakar perubatan dan pesakit mereka di Malaysia kini boleh mengharapkan satu pilihan rawatan yang lebih kos efektif untuk pengurusan artritis reumatoid, spondilitis mengankilos, psoriasis, dan artritis psoriatik dengan Remsima™ (Infliximab).

Remsima™, antibodi monoklonal biosimilar pertama di dunia yang diluluskan oleh Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA), dan dibangunkan oleh Celltrion, Inc. akan berada secara komersial di pasaran Malaysia dalam bulan November 2015 dan diedarkan oleh LF Asia (M) Sdn. Bhd.

Dr. Chow Sook Chuan, Consultant Rheumatologist, Sunway Medical Centre. Foto - Arkib Wanista
Dr. Chow Sook Chuan, Consultant Rheumatologist, Sunway Medical Centre. Foto – Arkib Wanista

Ubatan biologikal mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang diperbuat atau dihasilkan daripada sumber biologikal dan bahan aktif ini adalah lebih besar dan lebih kompleks daripada ubat-ubatan bukan biologikal. Biologik telah merevolusikan rawatan bagi pelbagai penyakit seperti artritis reumatoid. 

Walaupun biologik memberi kesan positif ke atas rawatan pesakit, kos ubatannya yang tinggi akan membebankan sistem penjagaan kesihatan dan menjejaskan akses pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Dr. Raveendran Ramachandran, Consultant Rheumatologist, Ramsay Sime Darby Medical Centre. Foto - Arkib Wanista
Dr. Raveendran Ramachandran, Consultant Rheumatologist, Ramsay Sime Darby Medical Centre. Foto – Arkib Wanista

Biosimilar adalah ubat biologikal yang dibangunkan setanding dengan ubat biologikal yang telah diluluskan, ini bererti mekanisme tindakan biosimilar berfungsi sama seperti RMP. Biosimilar yang diiktiraf menunjukkan bahawa ia memiliki profil kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang setanding dengan RMPnya, tetapi kelebihan utamanya kepada pakar-pakar perubatan, pesakit dan perkhidmatan kesihatan ialah kosnya yang rendah dan juga penjimatan kos.

“Dengan semakin ramai orang yang menghidapi pelbagai penyakit keradangan kronik seperti artritis reumatoid, kami bangga untuk memperkenalkan rawatan yang lebih kos efektif ini ke pasaran. Berikutan pelancaran Remsima™, kami menyambut baik potensi penjimatan kos untuk sistem penjagaan kesihatan awam. Penggunaan biosimilar dapat membantu untuk meningkatkan akses pesakit kepada rawatan biologik dan membolehkan pesakit menerima rawatan lebih awal untuk penyakit mereka,” kata Raymond Wong, Pengurus Besar LF Asia (M) Sdn Bhd.

Raymond Wong, General Manager of LF Asia. Foto - Arkib Wanista
Raymond Wong, General Manager of LF Asia. Foto – Arkib Wanista

Bahan aktif dalam Remsima™ adalah infliximab, yang telah direka untuk melekat kepada nekrosis tumor faktor-alpha (TNF-alpha). TNF-alpha menyebabkan keradangan dan ditemui dalam paras yang tinggi pada pesakit yang menghidap penyakit yang disasarkan oleh Remsima™. Dengan menyekat TNF-alpha, Remsima™ memulihkan keradangan dan simptom penyakit lain6. Ujian klinikal telah menunjukkan perbandingan yang setanding dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan di antara Remsima™ dengan infliximab yang berlesen.

Foto -www.yakiniaku.com
Foto -www.yakiniaku.com

“Penyakit autoimun seperti artritis reumatoid boleh menyebabkan pengurangan kualiti hidup pesakit, kehilangan produktiviti dan peningkatan kos kesihatan. Penyakit-penyakit ini bukan sahaja mengganggu kehidupan pesakit tetapi juga keluarga, rakan-rakan dan majikan. Dengan Remsima™, pakar-pakar perubatan kini mempunyai pilihan rawatan yang lebih kos efektif untuk diberikan kepada pesakit yang naif-rawatan atau bertukar rawatan bagi pesakit yang sebelum ini menggunakan RMP, memandangkan Remsima™ menunjukkan keberkesanan dan keselamatan yang setanding dengan RMP,” kata Wong.

“Kami di LF Asia dengan kerjasama Celltrion Healthcare akan memperkenalkan RemsiStart, satu program untuk meringankan bebanan kos rawatan pesakit athritis reumatoid dengan memberikan satu rawatan percuma pada minggu ke-14 rawatan kepada setiap pesakit baharu yang menggunakan Remsima™. Kami memahami bebanan pengurusan penyakit reumatik dan kami gembira untuk membawa masuk pilihan rawatan berkualiti seperti Remsima™ pada harga yang temampu, ” ujar Wong.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14591

Trending Articles