Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Kini Cawangan Sorabee Di Da:Men USJ Shopping Mall

$
0
0

Lembaran tahun baru kini diserikan dengan pembukaan gedung membeli-belah terbaru di daerah USJ iaitu Da:Men Shopping Mall. 

Untuk pengetahuan anda lagi, Da:Men mengalu-alukan kedatangan anda untuk merasai nikmat membeli-belah yang tiada bandingannya. Apa yang istimewa, gedung membeli belah ini bakal menawarkan pelbagai gerai serta jenama-jenama terkemuka luar negara termasuklah Sorabee. 

Rak pameran produk Sorabee. Foto -Arkib Wanista
Rak pameran produk Sorabee. Foto -Arkib Wanista

Buat julung kalinya, K Beuty Zone Sdn Bhd kini menampilkan gerai persendirian yang menawarkan produk Sorabee kepada rakyat Malaysia yang gemarkan rangkaian penjagaan wajah dari negara Korea, melihatkan ramai diantara rakyat Malaysia yang mengetahui akan keberkesanan produk kosmetik serta kecantikkan dari negara itu.

Rangkaian anti-kedutan Sorabee. Foto -Arkib Wanista
Rangkaian anti-kedutan (wrinkle) Sorabee. Foto -Arkib Wanista

Sorabee adalah rangkaian penjagaan wajah yang dirumus khas menggunakan bahan alam semula jadi yang disunting dari dasar laut seperti plankton yang berfungsi sebagai pengekal lembapan pada kulit serta kolagen istimewa ang di ekstrak dari Tapak Sulaiman. Kesemua produk Sorabee telah terbukti secara klinikal menggunakan teknologi terbaik berpaksikan kajian yang dijayakan bersama Busan University terhadap manfaat Tapak Sulaiman yang bisa menjana keanjalan kulit wajah.

Foto -Arkib Wanista
Dapatkan layanan istimewa dari Staff Sorabee cawangan Da:Men USJ yang sungguh peramah dan membantu. Foto -Arkib Wanista
Rangkaian pemutihan dari Sorabee. Foto -Arkib Wanista
Rangkaian pemutihan (whitening) Sorabee. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Ruang sesi rawatan wajah. Foto -Arkib Wanista

Berbalik semula kepada cawangan Sorabee di Da:Men USJ, gerai konsep terbuka itu diperkenalkan bagi memudahkan pengguna sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan sumber produk Sorabee. Sebagai suatu kelainan, ia dihiasi dengan akuarium yang diisi dengan ikan hiasan serta tapak sulaiman bagi mengambarkan kekuatan jenama berkenaan. Tidak dinafikan, pengunjung akan berasa seolah berada di dasar laut yang indah apabila menjejakan kaki ke gerai terbuka Sorabee di Da:Men USJ.

Hiasan dekorasi Akuarium yang menarik perhatian pengunjung. Foto -Arkib Wanista
Hiasan dekorasi akuarium ini menarik perhatian pengunjung yang lalu-lalang di sekitar kaunter gerai Sorabee. Foto -Arkib Wanista

Rangakain jenama kecantikkan Korea ini telah bertapak di Malaysia sejak 2014 yang kini dilihat telah semakin mendaapt sambutan dari pelbagai golongan dalam kalangan wanita serta gadis Malaysia yang begitu teruja untuk kelihatan cantik bak selebriti Kpop. Sorabee juga adalah syarikat pengeluar rangkaian penjagaan wajah yang berjaya mengekstrak kolagen berkualiti tinggi dari Tapak Sulaiman sebagai sejenis bahan penting untuk penjagaan kulit wajah. Perkataan Sora bermaksud “Laut” manakala Bee pula adalah “Madu” dalam bahasa Korea, secara langsung apabila kedua-dua perkataan itu digabungkan, ia menjadi “Madu daripada laut”. Tidak kira lelaki mahupun wnaita, sesiapa sahaja bisa menggunakan Sorabee, sekaligus memanfaatkan kebaikan bahan yang dirumus khas dari marin ini.

Untuk sesiapa yang ingin mencuba Sorabee buat kali yang pertama, rangkaian pengimbangan (balancing) Sorabee ini amat sesuai. Foto -Arkib Wanista
Untuk sesiapa yang ingin mencuba Sorabee buat kali yang pertama, rangkaian pengimbangan (balancing) Sorabee ini amat sesuai. Foto -Arkib Wanista

Sorabee sentiasa peka dan komited untuk menyediakan produk penjagaan wajah yang terbaik untuk rakyat Malaysia, melihatkan cuaca di negara ini adalah tidak tentu, di tambah pula dengan pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan kulit sehingga menimbulkan masalah jeragat, jerawat, dan kedutan.

Kesemua produk dari rangkaian penjagaan wajah oleh Sorabee di jual pada harga RM63.00 sehingga RM121.90.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook Sorabee di www.facebook.com/sorabeemalaysia atau terus hadir ke kaunter gerai Sorabee di Da:Men USJ Shopping Mall:

Jalan USJ Sentral 1, Persiaran Subang 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Trending Articles