Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597

Nikmati Produk Unggul Daripada KOSÉ SEKKISEI Dalam Kit Percubaan Edisi Khas

$
0
0

Semua orang nak cantik. Semua nak penampilan yang sempurna ditambah lagi dengan kulit yang bersih dari segala cela.

Berdasarkan ‘petua kulit cantik berseri’ sejak turun temurun, produk-produk SEKKISEI yang lembut lagi berkesan sememangnya terkenal di dunia. Sejak dilancarkan pada tahun 1985, khabar tentang kesan Sekkisei tersebar luas dengan popular.

Penjagaan untuk mendapatkan kulit cantik mestilah bermula seawal mungkin. Produk SEKKISEI yang direka khas untuk mencapai kulit mulus, dimanfaatkan daripada kuasa ekstrak herba timur yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza, mewujudkan formula yang harmoni, memberikan wanita kulit yang lebih cerah, tona sekata dan lembap.

Tahun ini, SEKKISEI memperkenalkan kit percubaan edisi khas yang mengandungi lima produk terunggul daripada jenama termasyhur ini! Tiga ekstrak tumbuhan timur: Coix Seed, Melothria (White Lotus) dan Angelica yang berfungsi sepenuhnya untuk menjaga kulit anda dalam keadaan sempurna serta dilindungi daripada persekitaran yang boleh memudaratkan kulit.

SEKKISEI White Wash Liquid (140ml / RM131.40)

SEKKISEI White Wash Liquid. Foto - Arkib Wanista
SEKKISEI White Wash Liquid. Foto – Arkib Wanista

Bersihkan kulit sambil mengekalkan kelembapan kulit dengan pembersih ini. Agen pembersih berasaskan Taurine, membolehkan kulit bersih dan terhidrat; manakala ekstrak Rubus Suavissmus memulihkan kulit yang kusam dan meredakan kulit akibat pancaran UV. Kulit dipulihkan kepada keadaan optimum dan sedia untuk langkah penjagaan kulit yang seterusnya.

SEKKISEI Lotion (200ml / RM180.20, 360ml / RM275.60)

SEKKISEI Lotion. Foto - Arkib Wanista
SEKKISEI Lotion. Foto – Arkib Wanista

Produk SEKKISEI yang amat laris ini mengandungi bahan-bahan terpilih daripada 100 jenis tumbuhan timur. Digunakan sebagai penyegar atau mask, losen penghidratan serba mewah ini mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman, melegakan kerengsaan dan banyak lagi. Tip KOSÉ: Untuk penghidratan segera, letakkan mask berbentuk bulat bihadagoyomi ke dalam penutup dan tuangkan SEKKISEI Lotion sehingga tablet mask kembang. Letakkan pada muka selama 10 minit dan rasai penghidratan kulit serta-merta!

Sekkisei Emulsion (140ml / RM191.80)

Sekkisei Emulsion. Foto - Arkib Wanista
Sekkisei Emulsion. Foto – Arkib Wanista

Pelembap yang cepat menyerap ini bertindak jauh ke dalam kulit, mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan kekeringan. Bahan-bahan seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paeonia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Guna 1 hingga 2 pam pada pad kapas dan sapu pada muka.

SEKKISEI Clear Whitening Mask (80g / RM94.30)

SEKKISEI Clear Whitening Mask. Foto - Arkib Wanista
SEKKISEI Clear Whitening Mask. Foto – Arkib Wanista

Mask lembut yang menghilangkan kekusaman dan sel-sel kulit mati, mencerahkan dan menghidratkan pada masa yang sama! Ekstrak Quince Cina menghalang pengeluaran sebum, manakala campuran ekstrak tumbuhan timur memberikan manfaat pencerahan yang baik. Serbuk hitam bersaiz nano membolehkan mask digunakan dengan mudah.

SEKKISEI Sun Protect Essence Gel SPF50+/PA++++ (80g / RM98) dan Milk SPF50+/PA ++++ (60g / RM105)

SEKKISEI Sun Protect Essence Gel SPF50+/PA++++. Foto - Arkib Wanista
SEKKISEI Sun Protect Essence Gel SPF50+/PA++++. Foto – Arkib Wanista

Dengan tahap perlindungan tertinggi Jepun SPF50+/PA++++, kini anda boleh menikmati perlindungan matahari ultra-ringan dalam bentuk gel atau losen. Formula dipertingkatkan mengandungi dua kali ganda jumlah ekstrak Coix Seed dan diperkaya dengan bahan-bahan yang mengelakkan kekusaman seperti Peony Root Bark dan mineral-mineral timur.

Kit percubaan edisi khas SEKKISEI ini adalah sesuai untuk pengguna kali pertama yang ingin mencuba dan melihat perbezaan SEKKISEI atas diri mereka sendiri!

Kit percubaan edisi khas SEKKISEI. Foto - Arkib Wanista
Kit percubaan edisi khas SEKKISEI. Foto – Arkib Wanista

Kit percubaan edisi khas SEKKISEI ini berharga RM99 (termasuk GST), dan produk-produk terpilih adalah seperti berikut:

  • SEKKISEI White Liquid Wash 20ml
  • SEKKISEI Lotion 100ml
  • SEKKISEI Emulsion 70ml
  • SEKKISEI Clear Whitening Mask 10g
  • Mask Bihadagoyomi 3 keping
  • Beg Setsuko eksklusif (gaya kimono atau gaya moden)

Untuk maklumat lanjut tentang SEKKISEI dan kit percubaan edisi khas yang baru, ikuti KOSÉ Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/kose.malaysia) atau layari laman web Kose Malaysia di www.kose.com.my.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14597