Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Back To Basic! Lip Balm Terbaik Sepanjang Zaman, Biar Bibir Kekal Hidrat

$
0
0

Kalau ditanya tentang lip balm pasti ramai yang dapat mengimbau zaman mula-mula hendak belajar bersolek. Sememangnya lip balm antara produk kecantikan pertama dikalangan ramai. Fungsi lip balm dalam apa jua jenama sekalipun tetap sama iaitu untuk melembabkan bibir dan membantu merawat masalah bibir kering.

DIVA dengan suka hati nak berkongsi beberapa jenama lip balm yang terulung di Malaysia. Sudah menjadi kegemaran pengguna tempatan. Variasi dari harga, jenis tekstur dan formulasi.

  • Burt’s Bees Moisturizing Lip Balm 4.25g [RM28]

Kelebihan: 100% produk natural yang bebas dari paraben, phthalates, SLS atau petrolatum. Dari ekstrak 9 pilihan perasa dan wangian untuk personaliti anda.

Foto – Shopee
  • Kiehl’s Lip Balm Soothes and Protects Lips 15ml [RM44]

Kelebihan: Bebas dari sebarang bahan kimia seperti paraben dan pewangi. Diperkaya dengan Aloe vera, vitamin E serta squalane baik untuk melembab baik pada bibir.

Foto – Unineed
  • Mario Badescu Mint Lip Balm 10g [RM62]

Kelebihan: Antara lip balm kegemaran DIVA! Rasa mint yang sederhana menyejukkan bibir anda. Formulasi vitamin E, Avocado dan Sweet Almond Oil menjanjikan hasil bibir yang lembap, lembut dan licin.

Foto – Mario Badescu
  • AVENE Cold Cream Nourish Lip Balm [RM28]

Kelebihan: Lip balm berkrim pekat yang diformulasi Avène Thermal Spring Water dan alpha-bisabolol. Bukan sahaja bibir lembab tapi ia juga merawat.

Foto – Avene
  • Hada Labo Hydrating Lipbalm 3.3g [RM21]

Kelebihan: Mempunyai perlindungan SPF 15, bebas pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Bibir jadi licin dan lembut sahaja!

Foto – Watsons
  • Mentholatum Melty Cream Lipbalm [RM19.90]

Kelebihan: Formula lembut yang baik untuk kulit bibir sensitif. Kelembapan dan kekal lama kerana kandungan Beeswax, Royal Jelly dan Manuka Honey.

Foto – Watsons
  • Maybelline Baby Lips Love Color Bright Out Loud Lip Balm [RM15.90]

Kelebihan: Fungsi hidrasi 8 jam tapi apa yang paling best ia mempunyai warna tint yang dapat membantu menaikkan lagi seri bibir.

Foto – Shopee Malaysia
  • NIVEA Lip Balm Med Repair 4.8g [RM16.70]

Kelebihan: Gabungan vitamin E menjanjikan bibir yang sentiasa lembap. Malah, bibir dilindungi dengan SPF 15 dari bahaya sinaran UVA dan UVB.

Foto – Watsons
  • Vaseline Petroleum Jelly 250ml [RM23.70]

Kelebihan: Produk klasik kegemaran ramai! Siapa tak kenal dengan kepekatan jelly petroleum yang bukan sahaja untuk bibir tapi seluruh tubuh badan.

Foto – Watsons

Mesti ramai yang dah ada lip balm kata atas ini kan? Atau nak top up yang baru pun boleh!

The post Back To Basic! Lip Balm Terbaik Sepanjang Zaman, Biar Bibir Kekal Hidrat appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506