Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14536

#DIVAKongsi Rutin Makan Yogurt & Minyak Zaitun, Pelega Sakit Senggugut

$
0
0

Perit menanggung sakit datang bulan memang kadang-kadang luar jangkaan kita. Biasanya hanya mengalami kejang pada pinggang dan kaki. Namun ia boleh jadi lebih teruk sekiranya tak dapat bangun dari katil dan berjalan untuk menjalani aktiviti harian. Jadi anda terpaksa ambil cuti rehat dan menelan ubat tahan sakit kemudian tidur sepanjang hari.

Sama seperti penulis telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan sakit senggugut. Bersenam, mengamalkan diet, mengelakkan stress, mengambil suplemen dan pernah merujuk doktor tapi hasilnya tetap sama. Senggugut masih muncul menjadi rutin setiap kedatangan haid.

Namun setelah mengamalkan salad buah bersama yogurt dan minyak zaitun. Kini hampir dua bulan, penulis hanya mengalami sakit senggugut yang sederhana dan pernah langsung tidak ada! Sistem pencernaan semasa haid juga semakin baik, tiada lagi masalah cirit-birit atau sembelit. Rupanya khasiat yang terdapat dalam yogurt serta minyak zaitun sangat elok untuk rahim.

Foto – Health
  • Khasiat yogurt semasa haid 

Ramai yang tidak tahu, sumber kalsium merupakan cara yang terbaik menenangkan mood semasa kedatangan haid. Malah, kalsium dari yogurt, susu dan sebagainya dapat mengurangkan senggugut serta kembung perut. Menurut dari doktor penulis, pengambilan yogurt seminggu sebelum haid, dapat membantu usus mencerna lebih baik. Jadi hasilnya semasa haid akan kurang kembung perut atau masalah seperti sembelit.

Bagi anda yang mungkin sensitif dengan produk tenusu, ambil dalam skala sederhana. Seperti penulis memang akan selang sehari atau kuantiti yang sedikit. Penulis memilih produk yogurt natural tanpa perasa atau gula tambahan.

  • Manfaat minyak zaitun untuk kesihatan rahim 

Menakjubkan bila mengetahui minyak zaitun dapat menjaga kesihatan rahim. Terdapat kajian mendapati pengambilan minyak zaitun dara setiap hari dapat mengurangkan gejala dismenorea-primer. Iaitu sejenis sakit senggugut yang paling biasa, walaupun tidaklah menghilangkan tapi ia dapat mengurang sakit jika diamalkan.

Minyak zaitun mengandungi bahan anti-radang (vitamin E) yakni berpotensi menjadi pelega kesakitan secara semulajadi terutamanya pada dinding rahim. Manakala kandungan lemak omega 3 mampu meningkatkan aliran darah ke rahim dan sekaligus menaikkan hormon kesuburan.

Foto – Shopee Malaysia

Resepi salad buah yogurt

Cara penulis amalkan yogurt dan minyak zaitun sangat mudah dan jadikan sebagai snek harian yang sihat. Sediakan buah-buahan seperti epal, anggur, buah naga atau mangga. Potong mengikut saiz yang sesuai, kemudian tambah yogurt, chia seed dan minyak zaitun. Piliha minyak zaitun jenis ‘extra virgin olive oil’ untuk kegunaan salad tau. Gaulkan bersama dan nikmati.

Foto – Fed + Fit

DIVA harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami nasib yang sama dengan penulis. Jangan putus asa, banyak cabang jalan untuk memulihkan diri dari derita sakit. Usaha atau tidak sahaja.

Selamat beramal!

The post #DIVAKongsi Rutin Makan Yogurt & Minyak Zaitun, Pelega Sakit Senggugut appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14536