Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531

Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini

$
0
0

Mesti ramai yang selalu sangat rasa nyeri sakit pada pergelangan tangan dan ibu jari bukan? Itu antara tanda anda terlalu lama memegang telefon pintar sehingga menyebabkan timbul rasa tidak selesa. Anda kena tahu, berat telefon pintar anda sekitar 160g hingga 240g. Sudah tentu memberi beban pada otot tangan terutamanya kawasan palmar interossei dan ligamen jari-jari.

Mungkin alat bantuan seperti ring holder, phone holder grips atau sebagainya dapat mengatasi masalah ini. Namun anda juga patut waspada kepada kesihatan otot dan pergerakan tangan dan jari. Bagi mengelakkan berlaku kecederaan yang lebih serius tanpa sedar seperti tendinitis dan lain-lain.

DIVA ingin berkongsi satu regangan mudah untuk anda yang sentiasa sibuk dengan telefon pintar. Rutin senaman jari dan telapak tangan menurut dari Justin Agustin membantu meningkatkan mobiliti dan kekuatan semula otot.

Memang terasa lega selepas mencuba 8 rutin mudah ini. Bahagian ibu jari lebih ringan dan regang. Nah, ikuti sahaja video dibawah;

Selamat beramal dan cukup-cukuplah scroll tu! Rehat sebentar…

The post Tangan Sakit Sebab Selalu Pegang Phone, Cuba Senaman Regangan Mudah Ini appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531