Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531

Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress

$
0
0

Tanpa kita sedar setiap emosi yang ditampilkan luar diri kita adalah melalui cairan bahan-bahan kimia yang dirembes dari otak. Seperti yang dipopularkan iaitu bahan kimia gembira mempunyai empat jenis. Dopamin, endorfin, oksitosin dan serotonin mempunyai aliran gembira yang berbeza mengikut aktiviti tertentu. Jadi bukan setiap kegembiraan kita itu sama!

Kali ini DIVA kongsi secara ringkas tips yang boleh anda lakukan untuk menjana kegembiraan secara sihat dan positif.

#1 Dopamin

Fungsi: untuk rehat, ketenangan dan ‘reward’ diri sendiri

Mudah sahaja untuk mendapatkan sisi gembira ini kerana ia dari hasil aktiviti yang kecil. Anda boleh mendengar muzik kegemaran, melakukan hobi atau sesuatu yang kreatif dan paling pergi mencari pengalaman baru seperti bercuti. Malah kalau anda berjaya menyiapkan tugasan ringkas seperti melipat pakaian pun dan mencipta satu kegembiraan!

Foto – Lifehack

#2 Endorfin

Fungsi: untuk legakan kesakitan dan tekanan

Anda boleh manjakan diri dengan ke spa, pergi makan di restoran kegemaran atau sekadar menonton rancangan komedi di Netflix. Ia salah satu cara untuk refleksi untuk melegakan kesakitan atau tekanan yang dihadapi oleh mental serta fizikal.

#3 Oksitosin

Fungsi: untuk cinta dan kasih sayang

Jangan fikir ini hanya untuk ada pasangan sahaja. Anda boleh menikmati kegembiraan oksitosin dari keluarga, rakan baik dan haiwan peliharaan. Walaupun dengan sekadar menghabiskan masa dengan mereka, ia sudah memadai. Malah jika kita berbuat baik pada oran lain juga akan melahirkan kegembiraan yang positif.

Foto – Life Pets

#4 Serotonin

Fungsi: untuk mood yang baik

Jika anda mudah marah-marah atau cepat tersinggung, baik periksa dahulu kualiti kesihatan mental anda yang mungkin kurang dengan serotonin. Jadi hasilkan mood yang baik dengan senaman, pilihan makanan yang berkhasiat dan lakukan meditasi. Bagi yang muslim jangan lupa dengan tuntutan lima solat fardhu.

Foto – NPR

Emosi kita bergantung pada diri kita sendiri. Jadi gunalah kuasa yang bijak untuk menangkis tekanan diri anda. Selamat beramal!

The post Tips Jana 4 Kimia Kegembiraan Dalam Diri! Barulah Tak Selalu Stress appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531