Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531

[Gambar] Mewarisi Kecantikan Puteri Grace Kelly, Lihat Wajah Terkini Cucu-Cucunya

$
0
0

Sebelum ini DIVA pernah memaparkan dua kisah silam aktress Hollywood retro Grace Kelly yang mengubah hidupnya 100% sebagai seorang puteri raja di Kerajaan Monaco. Bagaikan kisah dogeng, wanita cantik dan serba boleh meninggalkan karier demi cinta terhadap putera raja. Beliau meninggal dunia ketika usia 52 tahun akibat kemalangan dan tiga orang anaknya kian membesar tanpa kasih sayang seorang bonda.

Namun kini, keluarga besar mendiang Grace Kelly dan suami Puteri Rainier III Monaco kian membesar dengan pewaris cucunya. Warganet sungguh teruja apabila dapat melihat wajah dan perkembangan pewaris kecantikan Hollywood dan darah diraja negara Eropah. Samada cucu perempuan mahupun lelaki, mereka seolah berkongsi pesona dari neneknya.

Cucu dari anak sulung Grace Kelly iaitu Puteri Caroline bersama suami Stefano Casiraghi yakni perkahwinan keduanya.

  • Andrea Casiraghi
Foto – Pinterest
  • Charlotte Casiraghi
Foto – HOLA!
  • Pierre Casiraghi
Foto – Tatler

Puteri comel ini pula merupakan hasil perkahwinan Puteri Caroline dan Putera Ernst August Hanover

  • Princess Alexandra of Hanover
Foto – SCMP

Mereka berdua merupakan cucu paling muda dari anak bongsu Grace Kelly iaitu Putera Albert II Monaco dan menantu Puteri Charlene.

  • Hereditary Prince Jacques dan Princess Gabriella of Monaco
Foto – News My Royal

Jazmin pula anak sulung Putera Albert II bersama bekas kekasih Tamara Rotolo iaitu rakyat Amerika Syarikat. Kini Jazmin merupakan penyanyi dan pelakon dan pernah membintangi filem seperti Cicada dan The Scarlet M.

  • Jazmin Grace Grimaldi
Foto – IMDb

Terakhir ialah anak Putera Albert II bersama Nicole Coste iaitu wanita dari negara Togo. Dikatakan sangat rapat dengan kakak tirinya, Jazmin.

  • Alexandre Grimaldi-Coste
Foto – Backgrid

Dua beradik dari hasil perkahwinan Puteri Stephanie dan Daniel Ducruet.

  • Louis Ducruet
Fot – Tatler
  • Pauline Ducruet
Foto – Mujer Hoy

Cucu paling sensasi! Adik tiri kepada anak-beranak Ducruet, iaitu berkongsi ibu Puteri Stephanie.

  • Camilla Gottlieb
Foto – SCMP

Agaknya ada tak yang anda perhati nampak seiras dengan Grace Kelly?

The post [Gambar] Mewarisi Kecantikan Puteri Grace Kelly, Lihat Wajah Terkini Cucu-Cucunya appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531