Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14542

Warna Cat Ruang Tamu Trendy 2023, Ikut Selera Peminat Aesthetic!

$
0
0

Pemilihan warna cat begitu penting dalam langkah pertama untuk menyiapkan hiasan dalam rumah. Ia bukan sahaja beri kesan pada suasana, ruang serta personaliti pemilik rumah. Jadi warna cat tidak boleh diambil ringan kerana bila anda salah pilih cat ia boleh merosakkan mood rumah dan anda sendiri.

Sejak beberapa tahun lalu, konsep minimalistik telah menjadi fenomena dalam susun atur dan merias rumah. Ia satu konsep yang bagus pada pendapat DIVA, kerana kita boleh fokus pada tujuan utama sebuah rumah itu. Yakni suatu tempat istirehat, berlindung dan mengekspresi diri.

Pada anda yang ingin menukar kepada mood aesthetic dan minimal pada tahun ini. DIVA cadangkan untuk anda menukar dahulu warna cat. Kepada anda yang mahu melangkah rumah pertama pula dengan konsep yang sama, dah boleh mula mencari warna cat sebegini.

Mari lihat warna cat aesthetic bakal trendy 2023…

  • Soft blush

Para gadis pasti jatuh cinta dengan warna merah jambu lembut ini. Ia sesuai untuk dijadikan warna cat pada bilik tidur atau ruang peribadi.

Foto – Graham & Brown
  • Putih klasik

Padanan yang paling selamat, sesuai dengan apa jua warna perabot dan paling penting ruang pun nampak luas.

Foto – The Spruce
  • Kelabu lembut

Takut terlalu gelap dengan hitam? DIVA lebih suka warna kelabu lembut begini yang seolah-olah beri dimensi baharu pada ruang rumah anda.

Foto – Milled
  • Sage

Ia antara rona paling popular dari tahun lepas dan masih trendy hingga sekarang. Cat warna sage sangat versatil, DIVA lihat ramai yang guna untuk ruang tamu, bilik tidur mahupun dapur!

Foto – The Boston Globe
  • Coklat taupe

Siapa nak wujudkan suasana ruang yang sejuk dan mendamaikan. Warna taupe pilihan yang terbaik untuk bilik meditasi, bacaan dan sebagainya.

Foto – Treehouse
  • Coklat tan 

Sentuhan warna biru dan merah jambu dari aksesori rumah atau perabot akan memberi cetusan menarik pada seluruh rumah.

Foto – The Spruce
  • Beige

Bagi yang mahu vibe seperti rumah-rumah di Eropah, warna beige wajib jadi pilihan. Warna beige paling serasi bagi mereka yang inginkan konsep old school seperti warna-warna perabot yang gelap dan besar.

Foto – Curbed

Ada tak yang anda berkenan? Jangan lupa pastika warna cat pilihan sesuai dengan ruang dan gaya perabot rumah anda. Selamat beramal!

The post Warna Cat Ruang Tamu Trendy 2023, Ikut Selera Peminat Aesthetic! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14542