
Memang tak putus pujian ‘cantik, cantik’ kalau lihat raut wajah wanita transgender kelahiran Thailand ini. Poyd Treechada bukan asing lagi dikalangan barisan lady boy yang dikagumi kerana bukan sahaja cantik tapi umpamanya mengekalkan keanggunan bak wanita asli.
Baru-baru ini Poyd mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pasangan Phakwa Hongyok. Iaitu seorang ahli perniagaan yang telah mereka saling mengenali sejak dua puluh tahun lalu. Menariknya, tunang Poyd itu juga rakan baik abangnya.

Poyd mengakui telah bertukar jantina dan fizikalnya sejak berusia sekitar 18 tahun. Sukar untuk mencari gambar Poyd ketika masih bergelar lelaki. Dia yang kini 34 tahun kelihatan tiada beza dengan wanita asli.
Kulit yang bersih, postur badan yang lemah gemalai, memiliki tubuh langsing dan raut wajahnya seperti idaman wanita lain iaitu bujur sirih.

Lady boy cantik mula serius dalam karier lakonan dan modelling setelah memenangi Miss Tiffany’s 2004 dan Miss International Queen 2004
Tanpa sedar, DIVA mula gemar stalk akaun Instagram Poyd Treechada! Lebih lagi apabila Poyd muat naik gambar berkebaya dan berkain batik semasa percutiannya bersama tunang di Pulau Pinang.

Ish memang cantik betul!
The post Poyd Treechada Cantik Dari Wanita Sebenar, Diakui Lady Boy Paling Menawan Di Thailand appeared first on Diva MY.