
Jangan lagi kita semua tertipu dengan hasil mekap yang flawless yang beribu-ribu tontonan di media sosial. Percayalah anda, ia telah dibantu oleh pencahayaan dan adakalanya ditambah sedikit filter. Terutamanya pada bahagian sekitar bawah mata yang mungkin tidak seperti yang anda jangkakan.
Solekan bawah mata sering kali menjadi mangsa concealer yang tebal, kemudian dilapisi dengan bedak yang kononnya untuk memudarkan lingkaran gelap dan garis halus. Namun, setelah beberapa minit akan timbul hasil berkerak yang kelihatan lebih teruk dari garis mata yang sebenar!
Penggunaan concealer bukan untuk menghilangkan gelap bawah mata seperti eyebag atau dark circles. Ia satu formula untuk menaikkan bayang bawah mata diantara tulang pipi dan mata anda. Kononnya membantu memberi wajah kelihatan lebih segar serta bermaya.
Jadi cara nak elak bawah mata berkerak gara-gara concealer ialah..
- Elak pakai bawah garis mata
Ramai rupanya yang salah faham! Concealer sebaiknya diletakkan dibawah seperti gambar ini. Ingat ia bertujuan untuk memudarkan gelap bawah mata. Jika anda sapu betul-betul pada garis mata, akan lebih terlihat garis halus dan mungkin concealer akan cair dan masuk mata!

- Kuantiti yang sedikit sahaja
Pilih concealer yang sesuai dengan jenis dan tona kulit anda. Ini supaya dapat mengelakkan anda dari guna concealer dengan banyak atau tebal. Usah khuatir memang tidak wujud hasil solekan licin seperti lilin, tekstur kulit itu normal.

- Kemaskan dengan bedak tabur (loose powder)
Bagi untuk concealer tahan lebih lama, anda kemaskan dengan loose powder. Namun DIVA tidak lagi galakkan anda untuk lakukan teknik baking. Cukup sekadar sedikit loose powder pada berus dan dap perlahan-lahan sekitar bawah mata. Ia bertujuan untuk memegang tekstur concealer dan memerangkap sebarang lembapan atau minyak berlebihan.

Selamat mencuba!
The post Stop Pakai Concealer Tebal! Baru Bawah Mata Tak Berkerak appeared first on Diva MY.